Pengalaman Bersalin Anak Pertama


Sebelum bersalin lagi I dah bersemangat nak update pengalaman bersalin tapi bila dah bersalin busy sangat jadi niat nak update tertunda, sebab tu blogpost ni ada present tense dengan past tense bercampur. LOL... Maaflah kalau campur BM dengan BI, rasa kekok menulis BM tapi sebab aku nak entry ni santai so I tulis BM, nak macam diary la. Sebab I nak ceritakan pengalaman terperinci so mungkin panjang sikit entry.


Sabtu 25 Nov 3.56ptg

I belum bersalin lagi ni, tengah rasa rajin pulak nak update blog. Sbb dalam kepala, I tak nak lupa moment bersalin anak pertama ni. I dah la kuat pelupa, nanti bila baca balik entry ni mesti rasa menyesal kalau tak ada detail spesifik, mana tahu I nak prepare untuk anak kedua nanti. Hehe... okay so jom mulakan part 1. I dah 2 minggu ambik cuti bersalin sebab dah tak larat, mana taknya, perut besar gila, hari-hari jalan naik public transport, jalan terkedek-kedek. Baik I cuti duduk rumah mak, sbb husband sibuk kerja memanjang. I dapat tengok muka dia 2 kali je sepanjang dekat rumah mak, sampai merajuk dibuatnya. Maklumlah hormon tak betul, asyik-asyik nak sentap je.



Jumaat 24 Nov

Husband balik rumah mak Khamis malam tu lepas kerja sebab esok I ada appointment di KK Shah Alam. Dia dah apply cuti awal-awal, selalunya dia hantar I pergi klinik lepas tu dia balik tidur rumah ayah dia. 5 min je dari KK Shah Alam tapi disebabkan malam tu I tak dapat tidur, I minta dia teman dekat klinik. Muka dia macam terpaksa rela tapi dia ikutkan juga.

Dah hampir seminggu sebenarnya I tak dapat tidur malam tapi malam yang husband balik tu I mula rasa sakit-sakit yang mild dari belakang pinggang dan kadang-kadang perut memulas dan mengeras. I masih ingat braxton hicks sebab sakit tu tak sakit mana. Lagi satu sebab I tak boleh tidur sebab terkencing-kencing dengan pedih ulu hati campur loya. Husband dekat sebelah berdengkur tak ingat, tapi kesian juga dia, kerja tak berhenti. Memang nampak letih, tambah dia baru mula nak demam.

Esok pagi lepas subuh kitaorg dah siap-siap ke Shah Alam. Husband bagi pilihan nak duduk terus rumah ayah dia atau stay je rumah mak I sebab I cakap tanda-tanda besar aku nak bersalin tak ada lagi. I cakap tak tahu, I suruh dia decide, so dia cakap balik jela rumah mak lepas check up. Jadi barang-barang baju semua tak bawaklah, just bawak hospital bag je, just in case.



Kami sampai KK Shah Alam dalam 7.30pg. Selalunya memang penuh waktu tu tapi I tak pernah datang hari jumaat, tengok lengang gila. Syukur sangat, tapi lama jugak tunggu turn. Tak pelah, normal la tu, lagipun I sampai pun lewat. Selalunya pukul 7pg dah beratur depan pintu klinik. So macam biasa I kena check kencing dengan darah. Lepas tu jumpa nurse, dia tanya keadaan macam mana, I cakaplah malam tadi  tak dpat tidur. Masih confuse contraction atau braxton hicks. So dia refer I pada Dr and I cakap la tanda-tanda bersalin yang I alami, cirit birit, kerap kencing, perut mengeras, sakit pinggang tapi tanda-tanda besar macam tumpah darah atau pecah ketuban tu tak ada lagi. Dr then suruh nurse check contraction, nurse check ada tapi phase permulaan, then I kena VE untuk check pembukaan rahim. Bila I dngr kena check VE I dah seram sejuk, maklumlah asyik baca pengalaman bersalin orang lain cakap VE tu sakit.

Sebelum buat VE, Dr scan dulu tengok keadaan baby. Kepala baby memamg dekat bawah lama dah, persoalannya dah engage belum? Alhamdulillah, Dr kata dah, lega gila rasa. Patutlah I asyik rasa ngilu je dekat bawah. Dr cakap jantung okay, position okay, anak I posterior time ni tapi Dr cakap tak perlu risau position janji kepala dekat bawah dah okay dah. Dr ukur baby pastu dia tanya, Dr lain ada tak cakap yang baby awak ni besar? I cakap ada a few yang cakap tapi semua kata okay je, so I tanya ada complication ke? Dia kata tak ada, okay je. Berat baby around 3.2kg. Yang ni I dah pelik, last week I check klinik swasta Dr kata berat baby around 3.5kg. Mungkin cara diaorg ukur lain2 kot, tengok Dr yang ni betul-betul ambik masa ukur, so I anggap reading Dr ni lebih tepat dari yang Dr swasta tu la.


So lepas scan Dr suruh tunggu sekejap dekat luar sementara dia prepare nak buat VE. Nasib husband ada kali ni sebab boleh minta tolong jaga handbag and standby kalau Dr panggil. I pergi kencing dulu, dari tadi tahan. Haha... Balik je dari tandas, husband cakap Dr dah panggil masuk, so I terus masuk. Dr suruh I baring hujung katil dan angkat kain. Seriously nasib baik I kencing tadi, kalau tak memang terkencing I atas katil tu. Haha.. Tengok alatan dia nak guna macam nak nangis je dibuatnya. Mula-mula dia guna macam gunting panjang, hujungnya ada kepit cotton ball. Mata I dah terbeliak, dia nak masukkan benda  tu ke? So bila kena je kulit, kaki terus terangkat sikit sebab terkejut, Dr cakap ni air je, tak perlu risau. Legaaaa, haha... Dr cuci 2 kali dulu sebelum dia seluk. Dengan pakai sarung tangun dan 2 jari, dia ada ambik cream apa tah then dia masukkan jari dalam vagina sampai dalam. Masa dia seluk tu I terasa pedih tapi boleh tahanlah, dia masukkan jari then cakap dalamnya I punya laluan. Nurse sebelah cakap jangan angkat pungging dik, tapi I tak rasa pun I angkat punggung, last-last I tekankan punggung ke katil, baru Dr cakap okay ada laluan. Dalam 1cm, tadi dia tak jumpa. I macam nak gelak tapi sebab pedih, mulut pun menyebut Allah beberapa kali. Lepas je Dr keluarkan jari I rasa ngilu gila. Pedih dan tak selesa. I kemaskan diri balik dan jumpa Dr untuk konsultasi.

Dr kata I dah boleh prepare untuk ke hospital tapi tunggu kontraksi, anak kurang gerak, air ketumban pecah baru ke hospital. Dia cakap paling cepat pun mungkin petang ni atau boleh ambik masa 2 3 hari sebab anak sulung dan laluan I masih 1cm dan agak tebal lagi. Setakat ni dia check baby I semua okay tak ada masalah so insyallah boleh bersalin normal. Dia siap pesan, ada je apa jadi direct ke hospital, jangan nak singgah klinik. Keluar je bilik Dr, husband yang muka penat campur bosan tunggu I dah bangun nak ambik kereta. Sbb I jalan terkedek-kedek dia suruh I tunggu je depan pintu sementara dia ambik kereta. Sebab tak selesa kena VE tadi I cakap aku nak ke tandas dulu. Punyalah seksa nak kencing rasa perit gila, tangan mingigil nak jirus, spender pun basah. Tak leh jadi ni. I keluar klinik, husband dah tunggu dalam kereta. Dia tanya nak makan apa, I cakap nak terus balik rumah ayah. Dia tanya tak lapar ke sebab kami tak breakfast langsung dari rumah mak tadi. I cakap I tak selesa, nak bersihkan diri, tambah I tengah pedih dekat bawah tu. Dia hantar I balik rumah ayah then dia keluar balik beli makanan.



Sampai je rumah ayah, I cepat-cepat ke bilik air, nasib baiklah I bawa beg hospital, kalau tidak I tak ada spender spare. Takkan nak pakai yang basah balik, kain yang I pakai pun basah. Rumah ayah memang dah tak ada baju I langsung so I pakai kain batik dngn t-shirt yang dalam hospital bag je. Masa I bersihkan diri, 4 5 kali jugaklah I kencing, sikit tapi perit. I rasa sebab krim tu buat pedih kot, tapi entahlah. I cuba bersihkan sehabis mungkin tapi tak adalah sampai korek dalam. I banyak bilas dengan air nak kasi lega sikit. Lepas berapa minit dah okay dah rasa. I pun dah selesa, husband ajak makan. I masih loya lagi, nasib dia tak belikan I nasi lemak. I makan cereal dengan susu je. Lepas makan kitaorg duduk ruang tamu, borak-borak jap dengan ayah, cerita la plan kitaorg macam mana. I baru perasan yang kali ni lama gila dekat klinik, hampir pukul 11.30 pagi baru balik. Patutlah husband nampak layu je, rasa bersalah pula I suruh dia teman. Tapi balik rumah ayah dapatlah dia tidur dalam 1 jam sebelum I kejut dia pergi solat jumaat.

Lepas solat Jumaat, kitaorg balik semula ke rumah my mum sebab nak ambik baju, sempat juga menyinggah bukit tinggi makan Nandos, teringin punya pasal, husband layankan jugaklah. Habis makan terus ke rumah mak, lepas makan malam baru balik ke Shah Alam balik. Esok husband kerja, so nak tak nak memang kena balik Shah Alam malam tu. I sempat duduk 2 hari dekat rumah ayah mertua sebelum I bersalin. Husband sibuk kerja, so at least kalau apa-apa jadi, ayah mertua boleh hantarkan ke hospital. Sepanjang duduk sana I banyakkan berjalan, mundar-mandir walaupun tak larat sangat dah.



Ahad 26 Nov

Pagi ni lepas subuh I sempat mengaji, lepas husband pergi kerja I makan then jalan sikit-sikit, tapi rasa letih je tak tahu kenapa. Dalam pukul 11 pagi tu I tidur, husband sekejap-sekejap call tanya I okay tak sebab pagi tu I cakap dengan dia I rasa rasa letih sangat. I letih tapi tak dapat tidur lena pun, nak bangun tapi malas. Dengar azan zohor pun pukul 2.00 petang baru gerak bangun. Tu pun macam letih sangat nak bangun. 

I sebelum ni memang dah solat duduk sebab tak larat, tapi sejak beberapa hari ni I teringin nak sujud so I solat macam biasa. Rakaat kedua lepas sujud I berdiri balik tetiba terasa panas dan basah dekat celah kaki. I agak air ketuban pecah tapi I masih teruskan solat sebab I ada baca air ketuban tak buat batal solat dan masih boleh solat. Lepas je solat I cepat-cepat ke bilik air, memang seluar I basah lencun tapi yang I terkejut dia bercampur sekali dengan darah banyak.




Tengok je darah, I menglabah, terus sarung tuala call husband suruh balik. Husband pulak masa tu dengan client, dia tinggalkan client turus balik dari Puncak Alam. I masuk bilik air balik, terus mandi. Masa mandi I dengar bapa mertua I ketuk-ketuk pintu suruh cepat dia hantar hospital. I dah mula stress, sebab I tahu masih ada masa, tak perlu tekejar-kejar tapi dah bapa mertua asyik ketuk-ketuk pintu suruh cepat I cepat-cepatlah siap. Habis seluar darah tak berbasuh, bilik pun dah bercapuk-capuk darah, dan I terus jadi moody, I kalau boleh tak nak kabut sangat, hospital 5 minit je dari rumah tapi dah jadi macam ni I cuba redho jela.


Nasib baik jugak I ada baca banyak pengalaman orang bersalin dekat Hospital Shah Alam so I tahu hala tuju I. Nanti I sambung pengalaman dalam entry lagi satu.

0 comments