30 August 2019

PENGALAMAN BUKA BUKU PINK & CHECK UP DI KLINIK KESIHATAN SHAH ALAM


Ok, I tulis juga post ni akhirnya sebab ramai sangat tanya. Anak I dah nak masuk 2 tahun pun dan masih lagi pergi check up dekat Klinik Kesihatan Seksyen 7, so bolehlah I share serba-sedikit apa yang I tahu sebab I masih kesana lagi, tapi tak keraplah macam dulu, sebab anak dah nak masuk 2 tahun, check up tak banyak dah. So kalau you guys first time mothers ataupun merancang nak bertukar Klinik Kesihatan ke Seksyen 7 Shah Alam boleh proceed baca post ni. I akan tulis a few tips untuk check-up dekat sana dan macam-mana process diaorang, so you guys tak pening sangatlah nanti bila dekat sana nanti. Sebab Klinik ni sentiasa overflowing dengan orang. Teruskan membaca untuk tips ke KK Shah Alam.


CARA BUKA BUKU PINK DI KLINIK KESIHATAN
Sebenarnya senang je nak buka buku pink ni. Kalau you guys disahkan mengandung, pergi je Klinik Kesihatan (KK) cakap nak buka buku pink. Tak kisahlah berapa bulan dah you mengandung, as long as you dapat tahu you mengandung, terus je ke KK. Jangan lambat-lambat, nanti kena marah. Ada je yang dah dekat 7 bulan baru nak pergi buka pink, memang kena marahlah dengan nurse sebab during early stages of pregnancy tu memang risky.

Anyhow, on your first day nak buat buku pink tu, bagitahu nurse dekat kaunter, and then dia akan ambilkan you number for your first check-up. Masuk je pintu main klinik terus pergi ke kaunter belah kiri, sebab kanan tu kaunter pesakit luar. But be prepared, hari pertama tu memamg lama, sebab you datang tanpa appointment. KK sekarang hanya terima pesakit bila ada appointment. So bila dah ada buku pink tu, try your best jangan miss appointmement nanti susah nak set appointment balik.

Ok so now tips dan flow untuk check-up dekat KK Shah Alam di bawah:

1. DATANG BERATUR SEBELUM 7.00AM
KK buka 8.00pg, tapi kenapa kena pergi awal? If you nak balik before 9am, pastikan you turut sama beratur sebelum  KK dibuka lagi. Mungkin disebabkan ramai sangat orang beratur lepas 7.00pg, pukul 7.30pg dah ada orang buka pintu KK. So bila dapat masuk, make sure terus ke kaunter belah kiri untuk dapatkan nombor giliran, tapi jangan pentingkan diri sendiri, Pastikan you ikut your turn dan jangan buat-buat tak nampak orang lain untuk potong queue tu. Harap respect other mothers sebab semuanya mengandung juga.

2. AMBIL NO IKUT KAWASAN & LETAK BUKU PINK
Masa first time you datang tu, nurse in charge akan tanya you duduk mana. Macam I duduk dekat Seksyen 7, so kawasan I kawasan A. Nanti dekat mesin number tu tekan butang yang ada label Kawasan A. Kalau it's your first time, jangan ambil any number, terus ke kaunter dan tanya nurse bertugas. If you salah ambil number then you kena ambil balik. But jangan risau, ada je sticker label ikut kawasan dekat mesin no giliran tu. If you dah ada buku pink, make sure untuk letak dalam appointment box tulis sebelah mesin no giliran. Bila you tekan number nanti, akan kueluar 2 kertas, number yang sama. Cabut satu and clip satu pada buku pink sebelum masukkan dalam kotak appointment. Paper clip ada disediakan.

3. ALERT NO GILIRAN DENGAN MATA DAN TELINGA
Lepas ambil number, cari tempat duduk. If you datang just as soon as the door opened, tak ada masalah nak cari tempat duduk, but kalau you datang lewat, be prepared untuk berdiri. This place is overflowing with people usually and most of them memang mengandung, so susah sikit orang nak give up their seat for you. (But ada je lelaki yang tak sedar their place). Please, if you're bring your husband along, kalau nampak ramai sangat orang berdiri, tell him to get up.

Anyways, KK Seksyen 7 ada sistem numbering mengikut kawasan, you guys kena alert dengan screen number and also telinga as well. Sebab untuk ukur berat, nurse akan panggil ramai-ramai sekali by mouth. The place is at the far corner belah kiri, they won't call by number. So kalau you tak alert you mungkin kena tunggu lagi lama.

While for waiting time nak masuk bilik jumpa nurse, mereka akan panggil melalui nombor, jadi selalu tengok screen. Kadang-kadang diaorang pangil number sekali banyak, so kemungkinan number anda dekat screen akan muncul sekejap je. Sometimes, they don't even use the numbering system dan just pakai mulut. Kalau you tak dengar nasiblah, tunggu lagi lama. Tips dia, tak nak terlepas is duduk near your door. Macam I kawasan A, I akan masuk pintu oren, memang pintu itu je dari awal, takkan berubah.

4. AMBIL UKURAN BERAT &  AIR KENCING 
As mentioned, mereka akan panggil by mouth untuk ambil ukuran berat. Nurse akan panggil ramai-ramai dan lepas ukur berat, dia akan bagi buku pink, paper cup dan juga sticker. Then dia akan suruh kita untuk ambil test air kencing dan check darah at the far end of the klinik.

Kalau ikutkan nurse suruh buat ujian air kencing dulu baru check darah. Untuk check air kencing, we need to pee a little in the paper cup provided dan hantar ke makmal KK yang berada di tengah-tengah KK, di bahagain Klinik Pesakit Luar. Dah lepas hantar paper cup ke makmal baru check darah dekat hujung klinik, bersebelahan dengan Klinik Pesakit Luar.

Tapi sebab I jenis yang sentiasa nak cepat I belajar a few tricks to cepatkan process ni.

1. Lepas ambil cup dan buku merah, terus ke tempat check darah. Letak buku pink dalam bakul dulu, ada dua bakul, letak yang dekat ibu mengandung. Kenapa letak buku dulu? Sebab itu number giliran, diaorang akan panggil based on siapa letak buku dulu. Dan biasanya dia akan kutip by batch so buku bertimbun baru dia ambil, but yang bagusnya, dia akan panggil yang bawah dulu. Cuma ada setengah yang dah tahu ni tak jujur, datang lambat and then terus letak dekat bawah. Jangan buat macam tu ea, ada je orang yang berani point out, so bila nurse dapat tahu, lagi lambat giliran korang. Padan muka. LOL...

2. Terus ke bilik air, ada satu bilik air bersebelahan tempat check darah and selalunya ada line kena beratur panjang jugak ea. So dekat situ pun take time, you guys kena pandai estimate jugak sama ada you akan dipanggil untuk check darah, tapi I tak pernah miss. I mesti pergi ke bilik air dulu.

Tips: (Bawa tissue dan wet tissue sendiri sebab dia tandas cangkung, so bila perut dah semakin besar, makin susah you nak make sure you pee in the cup)

3. Ke Makmal, berhadapan dengan tempat check darah selepas pee in the cup provided. Pastikan you guys dah tampal sticker number you on the cup dan letakkan je dekat makmal. Selesai je tu, you boleh start duduk dan tunggu nama you dipanggil untuk check darah pulak.

5. CHECK DARAH
As I mentioned above, kalau nak lebih cepat ikutlah cara I selalu buat. I tak pasti klinik lain macam-mana tapi kalau dekat Klinik Shah Alam, ini antara trick dia. Tempat check darah ni campur sekali dengan pesakit klinik luar, so crowded sentiasa. Dan diaorang tak ada sistem number, so telinga kena sentiasa alert. Kadang-kadang dia panggil nama dari dalam bilik je. So kalau dah rasa lama sangat dan tengok orang yang muka menunggu nama sama-sama dah tak ada, pergi je terus tanya dalam bilik tu, takut korang tak dengar kena panggil. Sebab ada masa diaorang takkan panggil lagi.

6. JUMPA NURSE
Selesai je check darah, diaorang akan bagi balik buku pink untuk diletakkan semula di kaunter ibu & anak. Tempat yang kita mula-mula daftar tadi. Tapi kali ni jangan letak dalam bakul appointment, instead bagi terus dekat nurse in charge depan kaunter tu then cari semula tempat duduk untuk tunggu number dipanggil. Number untuk jumpa nurse atau nama lain misi, (sorry, tak I still tak berapa faham terms panggilan medical people dekat Malaysia, so I refer nurse je la untuk semuanya ok). This time you guys akan masuk ikut pintu berwarna mengikut kawasan dan for first timers akan diassigned nurse yang akan update kes you sampai you beranak. Takkan tukar-tukar orang dah, unless they do, sebab I punya nurse yang sama dari dulu sampai sekarang. Probably its easier to update and see our progress kot.

Anyhow, I duduk seksyen 7, so pintu yang I selalu masuk memang pintu orange je. Tak pernah masuk bilik pintu warna lain. Dalam bilik 2 ada lagi 3 nurse in charge, so bilik sangat cramp, but managable la. Nurse akan check progress, tekanan darah etc and akan tentukan sama ada kita perlu jumpa Dr ataupun kena injection for that visit. Kalau tak ada apa-apa dia akan set appointment untuk next visit terus, so make sure minta time-slip siap-siap kalau kerja tu.

7. JUMPA DR/ INJECTION BILA PERLU
Macam I ada case suspected cyst yang ongoing dengan Hospital Shah Alam sekali, so I selalu kena jumpa doctor for this. Bila kena jumpa doctor, nurse akan suruh tunggu dekat luar semula dan tunggu number dipanggil dekat screen. Selesai jumpa doctor, you guys kena tunggu lagi sekali dekat luar dan masuk semula jumpa nurse bila dipanggil. From there nurse akan set appointment baru untuk you.
While for those yang kena inject, nurse akan suruh you pergi bilik injection siap-siap, dia pun akan ikut sekali. After injection you guys boleh terus balik sebab selalunya memang dah set appointment siap-siap.

8. SET APPOINTMENT BARU / MINTA TIME-SLIP
Pastikan every time you go home, you ada waktu tenu janji baru sebab kalau tak ada waktu temujanji, nanti susah, especially bila klinik kesihatan sekarang memang dah tak allow datang tanpa temujanji. Pastikan jugak you clear tarikh yang you sepatutnya datang, sebab kadang-kadang handwritten punya numbers boleh jadi confusing, and mungkin you salah baca and date dalam sistem tarikh lain, so if you datang on a different date, you still kena buat appointment balik, which dah menyusahkan.

Pastikan jugak you balik dengan buku pink your copy. Buku pink ada 2 copy sebenarnya, satu for you and another klinik punya copy. Your copy punya cover biasanya glossy while klinik punya cover tak ada finishing, but dua-dua warna pink dan rupa sama. I tak pastilah klinik lain sama atau lain tapi setiap kali balik, our copy punya buku pink mesti kena bawak balik.

Another thing for those yang bekerja, check-up ni is on a monthly basis, so tak pakai Medical Certificate ok. Nurse hanya boleh bagi time-slip je which usually start at 8.00am, walaupun you guys datang awal untuk beratur, still akan start 8.00am sebab klinik officially buka waktu tu. Make sure you mintak sekali time-slip bila nurse set your next appointment, if not nanti lupa. If your office okay tak ada time-slip ok je, but mine kena ada.

So itu jelah pengalaman I setakat ni, anak pun dah nak masuk 2 tahun but masih continue check-up dekat klinik Shah Alam. So bolehlah I share sikit-sikit apa yang I tahu since ramai yang tanya. So I harap bermanfaatlah untuk korang. And I suggest, if you dah sarat pregnant mintalah suami drop-off depan pintu klinik sebab parking susah sangat ok. Jauh you nak kena park if sorang-sorang. And if you baru awal pregnant and boleh manage, tak perlulah nak ajak suami teman every appointment. Tak perlu pun, bukan suami boleh tolong cepatkan masa. My suggestion is better minta tolong suami drop off and collect je dekat pintu klinik everytime kena check up. Itu yang my husband and I buat masa I mengandung, sometimes I pakai grab je.

Only now I minta my husband teman pergi klinik bawa my son, sebab my son dah tak boleh duduk diam. I tak larat nak keep him in place sementara tunggu giliran untuk jumpa nurse. Masa I mengandung I just perlu jaga myself, so senang, but bila dah ada budak kecik in a very crowded place, memang I perlu support, so husband I tak ada alasan nak get off this one. LOL.

Till then peeps

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.