17 May 2018

PENGALAMAN BERSALIN HOSPITAL SHAH ALAM PART 2



Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk merasai Ramdan kali ni. Sementara ada masa sikit ni aku baru teringat yang aku ada hutang satu post. Since aku tengok post aku bersalin yang aku tulis dulu dapat pageview yang banyak, aku rasa ramai yang curious especially mummy2 yang bercadang nak bersalin di Hospital Shah Alam kan? Sekarang aku sambung balik pengalaman aku bersalin di Hospital Shah Alam. Sorry sebab dah lepas 6 bulan baru aku update so mungkin aku ada lupa dah sikit-sikit, tapi I'll try my best untuk ingat balik. 


Setelah aku dimasukkan ke wad Subuh tu, aku macam separuh sedarkan diri sebab letih sangat tambah aku macam meroyan sikit. Aku penat, tak selesa dan trauma bersalin, emosi memang terganggu. Suami tolak aku ke ward bersalin dan aku ditempatkan di tepi corridor. Memang katil aku dekat tengah-tengah laluan orang. Aku dah la tengah emosi tak stabil masa tu, ditempatkan pula dekat tempat lalu lalang tu aku rasa lagi down. Itu juga sebab aku sampai wad pun aku menangis lagi. Suami aku pula masih tak get the point yang aku bukan menangis sebab terharu, jadi buat aku lagi rasa nak menangis. 

Tak sampai 10 minit aku dalam wad, suami dah diminta balik. Aku rasa macam nak ikut sumai balik masa tu juga tapi suami aku suruh sabar, dia cakap nanti dia datang balik. Suami aku usap2 kepala aku dan cium dahi aku sebelum dia pergi. 10 minit lepas tu suami aku call tanya aku okay tak, dia cakap mak aku ada dekat ruangan menuggu dekat bawah tadi tapi dia dah otw balik sekali dengan dia. Wehhhh... masa aku dengar mak aku otw balik menangis aku teresak-esak. Aku terus call mak, mak cakap dia tak dapat masuk, security hospital shah alam ketat sangat. Tengahari nanti baru boleh masuk bila waktu melawat, so dia balik dulu nak masakkan untuk aku. Tp aku masih menagis teresak-esak macam budak kecik hilang mak pun ada. 

Aku tak henti-henti menangis sampai aku tertido sendiri. Sedar-sedar dah pukul 8pg. Anak aku ada dekat sebelah tapi tak ada menangis langsung. Alhamdulillah, bila ingat balik masa tu aku memang macam orang hilang akal. Darah bersalin aku masih penuh atas katil, tak bercuci, sakit, penat, letih, trauma, macam-macam perasaan ada masa tu. Aku tak hiraukan anak aku langsung. Nak bangun pun aku tak larat, aku terbaring lama dekat katil sambil tengok jam. Nurse tanya aku dah buang air kecil belum, aku cakap belum. Dia suruh aku pergi buang air tapi aku masih tak bangun. Bila Dr datang nak check aku baru aku bangun. Patutnya dia check dekat katil aku je, tapi sebab aku dekat tengah corridor dan kain langsir nak tutup pun tak ada, dia suruh nurse tolong aku ke bilik. Takkan aku nak kangkang dekat tengah-tengah orang ramai sebab nak tengok jahitan bawah. Ada ke nurse boleh cakap suruh buat dekat situ je. Nasib baiklah Dr ada juga fikir pasal aku.

Tak ada siapa pun tolong bangunkan aku, aku sendiri gigihkan diri untuk bangun sendiri. Aku memang  depressed gila sbb tak selesa, dan aku rasa mcm nurse-nurse cakap aku mengada-ngada dari raut wajah dan jelingan masing-masing. Aku jadi semakin tertekan, aku duduk di kerusi roda yang disediakan di sebelah katil aku. Aku duduk je nurse terus tolak aku ke bilik jumpa Dr. Lagi sekali aku kena bangun baring dekat katil dalam bilik and then kena seluk lagi. Ya Allah, dah la sakit tambah lagi sakit. Tp nasib baiklah Dr yg ni tak berapa kasar, aku tanya Dr boleh tak sesiapa tolong bawa ke bilik air sbb aku tak larat nak jalan. Then nurse dekat belakang kata, awak kena buat sendiri dik, tak boleh semua benda nak orang buatkan. Aku terus rasa mcm nak menangis tapi Dr terus kata, tak apalah,  kali ni nurse tolong tolak awak ke tandas dulu. Lepas ni awak jalan sendiri ok. Kalau tak boleh jalan naik kerus roda. So aku naik kerusi roda, nurse tolak aku ke tandas, ingatkan dekat tapi jauh juga kena jalan dalam keadaan aku nak menapak selangkah pun payah.

Dia tolak aku sampai pintu tandas dan bagi aku baju bersih dan pad utk salin. Aku tak mandi tapi aku lap lap je badan, aku berjaya juga buang air kecil tapi aku tak berani nak buang air besar lagi. Nasib baiklah tak ada rasa nak buang air besar pun. Bila aku dah bersihkan muka dengan badan barulah aku rasa macam siuman balik. Badan dah segar baru aku boleh fikir betul. Baru teringat dekat anak aku yang aku tak sentuh-sentuh lagi lepas bersalin. Keluar je tandas aku jalan perlahan-lahan ke katil, tak rasa sakit dah tapi rasa ngeri dengan jahitan bawah. Nak naik turun katil pun payah sebab aku pendek dan katil tu tinggi. Bila aku dah duduk dekat katil, baru aku dapat angkat anak aku yang masih tidur lena lagi. Tak ada bunyi langsung, lena je tidur buat hati aku pun lembut. Buat aku rasa segala sakit ni macam hilang serta merta. Itulah kali pertama aku pegang anak aku lepas masuk wad. Anak aku sedap je tidur dekat dakapan tapi aku risau yang dia tak menyusu lagi. Aku panggil nurse tanya baby ada bagikan susu ke, sebab nurse pun tak ada pesan apa-apa suruh susukan anak, bila dah dtanya baru dia suruh aku bagi baby susu. Aku cakap aku tak reti lagi, ni first time, nasib baiklah dia tunjuk macam mana cara yang betul. Kali pertama aku bagi anak aku minum susu macam tak percaya aku dah jadi mak. Alhamdulillah anak aku tak ada masalah nak latch, senang je dia minum. Dia minum beberapa minit sampai tertido. Aku letak dia balik dalam tempat tido dia ( masa tu aku tak tahu kena sendawakan bayi) aku pun sambung tido balik sebab waktu melawat lama lagi. 


Aku terjaga balik sebab anak aku menangis, aku tengok jam ada lah dalam sejam lebih dapat tidur dan waktu melawat pun nak dekat. Orang lalu lalang bising pun aku boleh tertidur lama juga, memang betul-betul letih masa tu. Anak aku menangis aku terus bagi susu dan lepas susu dia tidur balik. Aku call mak dengan suami tanya bila nak datang, diaorang kata dah ada dekat bawah dah tapi tak dibenarkan naik lagi. Tak lama lepas tu mak dengan suami aku pun naik. Anak aku masih tidur, suami aku masih happy tengok anak dia. Aku pulak mengadu dengan mak aku, biasalah kalau sakit je mesti cari mak. Aku lapar sangat masa tu sebab dah lama aku tak makan, mak keluarkan lauk dia masak dari rumah, memang berselera aku makan. Habis makan anak aku menangis balik nak susu.

Masalahnya wad dah penuh dengan lelaki dan aku tak ada langsir pun yang boleh tutup aku sebab aku memang dekat laluan orang. Suami aku tanya balik dekat nurse bila aku boleh dapat bilik, nurse cakap nanti ada kosong diaorang terus pindahkan aku. So aku tak ada pilihan, mak aku cubalah tutupkan sikit. Sebab aku tak biasa lagi, jadi aku tak pandai lagi nak cover macam mana nak bagi susu. Kenyang je aku letak anak aku balik, masa itulah mak aku mula berceramah kena sendawakan anak. Pastu pampers tak tukar dan banyak lagi. Tak ingat dah. Mak aku yg tukarkan pampers anak aku dan aku terkejut tengok poo poo anak aku hitam dan banyak. Mak cakap itu normal dan pelik aku tak tahu. So tambah la lagi ceramah aku kena dari mak yg tersayang. 

Aku happy sikit sebab ada orang teman, tak adalah rasa down sangat. Tapi bila waktu melawat habis aku rasa moody balik sebab orang lain banyak dah discharge, tapi aku tak dapat discharge sebab aku pecah ketuban so diaorang kena pantau aku 2 hari. Hmmm... aku dah stress balik. Waktu melawat petang suami dngn mak aku tak datang sebab hantar mak aku balik ke Banting. Kesianlah pulak nak kena ulang-alik jauh. Yang datang kakak ipar dan makcik aku. Kali ni aku minta tolong makcik aku pulak tukarkan pampers anak sebab aku tak reti. Haha... Tapi lepas tu aku dah buat sendiri dah.

Dalam pukul 9mlm baru aku disorongkan ke bilik katil 2 orang dan aku sorang je dalam bilik tu. Dah lah bilik dekat hujung sekali dengan langsir terbuka luas, takut pula aku sorang-sorang. Nurse yang sorong aku terus tinggalkan aku dengan baby lepas hantar aku ke bilik. Aku dah la penakut, bilik tu sunyi pulak. Nasib baiklah pintu dia tak tutup. Tak lama lepas tu ada guard datang jenguk tanya aku sorang je ke. Haha.. hilang sikit rasa takut aku. Dia siap tolong tutupkan langsir lagi, tapi yang tak bestnya boleh pula dia cakap, keras sikit tempat ni, bacalah sikit, insyallah tak ada apa-apa. Alahai, terus lembik balik aku. Jenuhlah aku call husband tak bagi dia letak phone, padahal aku dah mengantuk, anak tido dah lena. Dalam pukul 11mlm aku baru nak lelap mata ada lagi satu patient disorong ke katil sebelah. Aku tidur cover tangan atas muka sebab silau, dapat la intai dan pura-pura tidur. Aku tak ada rasa nak menegur pun roomate aku waktu tu sebab aku letih dan aku rasa dia pun sama. Dalam hati aku Alhamdulillah ada teman, tak adalah mengigil aku sorang-sorang keras dalam bilik tu.

Dalam pukul 1pg anak aku menangis, aku tengok akak sebelah dah tido, anak dia pun tido, cepat-cepat aku ambil bayi kasi dia minum susu. Lepas sendawakan dia, bayi tido balik dan aku pun tidur balik. Sejam kemudian bayi nangis balik dan aku ulang buat benda sama. Alahai, malam tu first time aku berjaga mata jaga anak. Sekejap-sekap aku kacau husband aku sekali sbb aku dah mula frust tak dapat tidur. Kesian suami aku, dia pun gigihkan juga angkat call aku setiap kali walaupun dia penat. Haha... Bila ingat balik macam kelakar pun ada.

Bila Subuh tibe aku dah macam zombie, akak sebelah ada juga bangun waktu malam tapi anak dia menangis masa anak aku tido, so siang tu baru dapat berkenalan. Aku mengharap sangat dapat balik cepat tapi lepas 2 hari dekat hospital anak aku kena kuning pula. Bacaan dia 170+ tak silap so kena stay hospital lagi. Masa tu aku rasa paling seksa, memang dah menangis sebab aku dah tak selesa dan anak pula sakit, aku lagi down. Aku tak mandi betul sejak aku masuk hospital, nak mandi tapi tak selesa. Aku masuk bilik air je anak aku menangis, dah la aku perit nak buang air besar, tambah pundi kencing aku pun aku tak boleh nak control. So memang lama dalam bilik air menguruskan diri, tak sempat nak mandi, anak dah menjerit. So aku banyak lap-lap badan je. Tiap-tiap hari husband aku datang, bawak bekal mak masak. Makanan hospital ada tapu mak cakap bukan makanan orang pantang, so aku makan makanan mak masak je.


Aku seminggu kena tahan dalam wad dan semua benda aku kena buat sendiri. Turun naik katil banyak kali, pantang semua tak berjaga. Aku manalah tahu apa pantang dengan tak pantang, yang penting aku sentiasa pakai stokin. Mak aku pun tak cakap banyak sebab dia tengok aku dah stress sangat jaga anak sorang-sorang. Nasib baik jugaklah akak yang sekali sama dalam bilik tu okay, boleh bawa borak. Hilang sikit rasa tertekan. Dia pun lama juga dekat hospital sebab anak kuning juga. Nasib baiklah Maliq kuning dia tak tinggi, tapi sedih jugaklah tengok dia duduk bawah lampu tu. Tak berhenti-henti menangis sampailah aku letak lampu tu atas dada. Maliq aku dakap sambil menyusukan bawah lampu. Sakitlah juga pinggang tapi Alhamdulillah sebab dalam bilik, rasa selesa. Bilik 2 orang, berhawa dingin, bilik air sendiri, rasa selesa sangat dah tapi yang tak bestnya sebab semua benda kena buat sendiri. Memang tak boleh nak manjakan diri, yang kena anak menangis tu kau sorang-soranglah jaga walaupun tak cukup tidur.

Overall Hospital Shah Alam ni menyediakan semua yang terbaik, environment selesa tapi sebab aku bersalin kali pertama mestilah aku manja sikit. Aku tak tahu sakit beranak macam mana jadi nampak mengada la sikit. Aku bukan minta layanan macam puteri pun, aku cuma nak positive vibes je. Ada nurse yang best sangat yang bagi semangat tapi macam lebih banyak yang stress. Bila tanya macam nak tak nak je layan dan sentiasa macam nak marah. 

Maliq masa kena kuning menangis saja dan setiap setengah jam aku menyusukan dia sampai sakit-sakit pingang. Diri aku pun macam tak terurus sebab aku tak boleh nak dengar anak aku menangis. Aku bukannya boleh minta bantuan sesiapa, kadang-kadang akak sebelah tolong tengokkan kalau aku ke tandas, tapi dia sendiri pun macam stress jaga anak dia sorang-sorang juga.

Mungkin aku akan bersalin disini lagi tapi kalau ada rezeki lebih aku nak merasa jugalah deliver dekat private. Nak tengok layanan diaorang macam mana, ada beza tak. Aku tak kisah pun tak dilayan macam puteri, aku cuma nak deliver dengan persekitaran yang positive. Keselesaan Hospital Shah Alam tak dapat dinafikan, memang selesa, makanan pun boleh tahan dan bill pun murah. Bila discharge siap dapt gift lagi. Mungkin sebab itu ramai betul orang datang Hospital Shah Alam walaupun bukan dari Shah Alam.

Itu jelah pengalaman aku bersalin di hospital shah alam. Kalau ada masa aku cerita pasal pengalaman pantang pulak.



2 comments:

  1. Tq sudi share...bes sgt boleh wat panduan...

    ReplyDelete
  2. Bleh ke orang kosong,bersalin kat situ

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.