21 June 2020

APARTMENT MEWAH / SEMI-CONDO DI PUNCAK ALAM | PROJEK BARU LBS, MELODI ALAM PERDANA



Mencari rumah high-rise di Puncak Alam tapi pilihan tak banyak? Ataupun mencari rumah baru yang agak besar dalam budget RM300k? Melodi Perdana pilihan yang sesuai untuk you. Kenapa? Puncak Alam atau nama lain Shah Alam 2, merupakan kawasan yang dalam development. Kalau dulu sebut Puncak Alam orang cakap ini tempat jin bertendang, tapi sekarang tak lagi. Dengan pelbagai projek development daripada developer-developer besar di sini, Puncak Alam kini akan menjadi sama seperti Shah Alam tak lama lagi. Pelbagai jenis kemudahan dan rumah akan dibuka dan jin-jin yang bertendang sini dulu dah pack-up cari kawasan baru sebab jumlah penduduk di sini pun kian meningkat saban tahun. LBS telah menapak projek Fasa 1 dan Fasa 2 mereka di Alam Perdana Puncak Alam sejak 3 tahun lalu dalam range harga RM400k-RM500k dan harga rumah ini sentiasa meningkat. Tahun lepas LBS melancarkan rumah yang lebih mampu milik dalam lingkungan harga RM300k tapi fasiliti dan konsep sama seperti fasa-fasa mereka sebelum ni. Projek ini merupakan antara rumah bertingkat yang exclusive di Puncak Alam yang di namakan Melodi Perdana. Teruskan membaca untuk Melodi Perdana.


Melodi Perdana akan menjadi satu-satunya rumah bertingkat di Puncak Alam yang paling dekat dengan 2 major highway. Kalau you familiar dengan Puncak Alam, pilihan rumah high-rise tak banyak dekat Puncak Alam ni, kalau yang ada pun, sama ada masuk kedalam sangat ataupun rumah Selangorku. Melodi Perdana akan dibina di Alam Perdana di mana ia tidak masuk Bandar Puncak Alam lagi, dimana bandar lebih jauh kedalam. Melodi Perdana akan dibina betul-betul di tepi jalan besar, jadi dah jimat masa dan tempat pun strategic. Orang lain nak cari senang je sebab betul-betul tepi jalan utama. Lagi satu, Melodi Perdana merupakan high-rise di bawah jagaan STRATA. Projek ini sangat mampu milik dan jangan confuse, ini bukan rumah Selangorku. Apa bezanya? Nanti I terangakan.

Rumah Selangorku merupakan rumah yang sangat mampu milik, tapi hanya boleh dibeli dengan membuat permohonan sahaja. Bukan senang nak lulus pun sebenarnya. Di Puncak Alam, terdapat beberapa developer yang membina rumah Selangorku yang high-rise mahupun landed. Apa yang membezakan Rumah Selangorku dengan projek perumahan biasa ialah, rumah biasa boleh dibeli, disewakan dan dijual mengikut kehendak hati. Tapi rumah Selangorku perlu membuat permohonan untuk membeli dan bila sudah dimiliki tidak boleh disewakan. Hanya tuan rumah sahaja boleh tinggal di rumah itu, kecuali kalau tuan rumah ingin menjualnya tapi kepada mereka yang layak sahaja. Rumah Selangorku ada beberapa jenis dan sangat-sangat murah, harga bermula dari RM250k untuk rumah kos rendah. Untung siapa dapat beli Rumah Selangorku, tapi!... Fikir balik, sesuai ke untuk you?

Rumah Selangorku memang murah tapi keluasan dia lebih kecil, finishing rumah biasanya tak setanding dengan rumah-rumah yang biasa ni. Yang untungnya you akan dapat memiliki rumah sendiri untuk tinggal lama. Untuk finishing rumah you boleh je renovate, tak ada masalah, tapi fikir tentang keluasan rumah dan syarat-syarat untuk duduk rumah Selangorku. Tanya diri betul-betul, you takkan nak upgrade rumah ke? Ini for those yang mampu untuk membeli satu rumah buat setakat ini. If you beli rumah Selangorku, and then one day you dah lebih berkemampuan, you nak pindah rumah besar sikit sebab keluarga dah besar, tapi you hanya mampu membayar untuk satu rumah sahaja. Itu dah menjadi kekanggan sebab if you beli rumah baru, you kena bayar installment baru juga. Rumah Selangorku yang you duduk tu macam mana? You nak sewakan tak boleh. Option you hanya untuk dijual, tapi you takkan dapat jual dengan harga yang you nak. Dan bukan senang nak jual juga, you hanya boleh jual untuk orang yang layak sahaja, which I rasa akan perlukan banyak documentation juga. Sanggup?

Cuba fikir... kalau dari awal you beli rumah yang biasa, you dah tak perlu nak pening kepala lama-lama kalau you rasa nak upgrade rumah you. Rumah yang you beli tu you boleh sewakan ataupun jual sahaja kepada sesiapa yang you nak dengan harga yang you nak. Tak ada masalah. Especially bila Puncak Alam ni berdekatan dengan Universiti, Hospital, sekolah-sekolah kerajaan, rental demand mesti akan tinggi. You boleh beli rumah lagi satu tanpa menjual rumah you yang sedia ada pun sebab monthly installment rumah lama you, penyewa akan bayar. Bagus kan? Secara tak langsung you dah menjadi investor. You ada lebih banyak rumah atas nama you. Bestnyaaa!

Jadi, kalau you mampu membeli rumah dalam harga RM300k, go for it! You cuma perlu tambah sikit je budget you. Rumah yang ini you boleh anggap untuk duduk sementara je sebab mesti satu hari nanti you akan boleh upgrade rumah. Itupun kalau you nak upgrade.

Cuba teka, rumah apa di Puncak Alam harga dalam RM300k? Yes! Melodi Perdana! Melodi pertama merupakan rumah apartment yang berfasiliti tau! Apartment ni actually macam condominium tapi tak boleh dipanggil condominium sebab high density. Tapi you boleh bayangkan diri you tinggal dalam condo sebab fasilities dia lengkap dengan clubhouse, swimming pool, gym, taman rekriasi, dan banyak lagi! Melodi Perdana ada lebih daripada 40 fasilities yang you boleh gunakan. Yes dengan harga RM300k you akan dapat duduk dalam kawasan yang lebih mewah, you cuma tambah berapa je daripada you beli Rumah Selangorku yang you tak akan dapat fasilities macam ni tau. Yang mana lebih untung?

Lagi satu, ada a few buyers I kata takut nak beli rumah high-rise ni sebab takut kotor, jiran-jiran pun bising. Haaa... ini dia saya nak highlight. Kebanyakkan orang bila fikir rumah murah, kawasan pun akan kotor sepertimana kita banyak nampak sekarang dengan projek-projek high density lama yang dah lebih 30 tahun kan? Kotor, tak terurus, bising sana sini. Sanggup ke nak duduk macam ni?

Mestilah TAK kan? Di Melodi Perdana you tak perlu risau semua ni sebab projek ni dibawah STRATA, di mana projek ini akan dikawal oleh developer. You tak perlu kawasan kotor, facilities tak dijaga, jiran-jiran bising sebab semua ini tak boleh berlaku. Developer akan set up management sendiri untuk menjaga kawasan sekitar dan fasilities penduduk. Kalau jiran-jiran bising tengah-tengah malam tu, boleh call management je bagitahu. You akan rasa macam duduk dalam condo, tapi harga rumah dalam RM300k je. Tak cukup bagus lagi ke untuk you?

Hmmm... mungkin you belum dengar package yang developer offer untuk projek ni. Kalau you tahu confirm you akan nak satu unit. Sebab tu unit yang tinggal pun dah sikit. Memang limited sangat dah.
Nak tahu lebih lanjut mengenai package? Contact I sekarang!


Jangan tunggu lama-lama, kalau setakat nak survey pun tak apa. Boleh je contact I. If projek Melodi Perdana tak sesuai untuk you I boleh recommend projek lain. So cepat contact I! Jangan malu-malu. 

15 comments:

  1. lepas ni puncak alam meriah laa. Tak sunyi macam sekarang ni. Kalau nak ke Setia Alam takut nak lalu situ sebab sunyi. Sesuai siapa yang tengah mencari rumah baru. Lokasi cun

    ReplyDelete
  2. Makin lama harga rumah makin naik, lagi tunggu bukan lagi turun, lagi naik adaa...tapi bagus, buat pelaburan kan...bila da rumah sendiri, bersyukurlah, walau kecik sekalipun kann...

    ReplyDelete
  3. Bagus untuk pelaburan. Jangan dijual rumah kalau nak pindah. Elok disewakan. Dapat juga hasil.

    ReplyDelete
  4. bagus gak rumah ini, dengan jaminan takde masalah kotor ke lepas lama2 stay sana. Boleh la rekemen kat family yang stay area sana kalau nk cari rumah baru ke

    ReplyDelete
  5. Rumah memang berbaloi beli sebab harganya makin lama , makin naik... tak macam kereta makin lama makin susut harga.. Projek under LBS memang bagus dan puas hati.. sebab dekat Sepang pun ada projek under LBS.

    ReplyDelete
  6. rumah ni, nak tunggu turun harga alamatnya tak berumah la. puncak alam meriah la nanti. boleh recommend dekat kawan-kawan mommy

    ReplyDelete
  7. Wah lokasi rumahnya bagus ya strategis pula nampaknya. Klobada money boleh nih langsung beli buat investasi

    ReplyDelete
  8. bolehlah beli tengok pada bajet masing2. elok juga ni, kawasan pun dah mmbangun

    ReplyDelete
  9. Thanks Mira sebab share your expertise on choosing the house. Ilmu baru dan new view bagi Rawlins. Nanti boleh nasihatkan kengkawan

    ReplyDelete
  10. Ok la tu dengan harga. Fasiliti pun banyak. Suka juga dengan rumah tinggi ni. Tak perlu fikir nak bersih laman..nak tebas lalang..hihi

    ReplyDelete
  11. Buat masa sekarang ni budjet tak ada nak beli rumah lagi, kena mengumpul le nampak gayanya kalau nak beli rumah

    ReplyDelete
  12. very nice house to own, thanks for sharing this, learnt the tips from your sharing here on house purchase :) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. wah cantik rumah tu.. perkongsian yang bagus untuk yang nak membeli rumah.. Alhamdulillah iena da beli dua buah rumah..tapi 1 rumah tak siap lagi..masih tgh uat ni PKP ni lambat la siapnya..tak sabar nk pindah kondo baru :)

    ReplyDelete
  14. That's good for people looking for new houses at Puncak Alam. That place is developing so frequently must be a lot rezeki there in future

    ReplyDelete
  15. Banyak juga projek perumahan kat Puncak Alam, di sana memang suasana tenang and udara pun nyaman.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.