08 June 2020

PROJEK PERUMAHAN MAMPU MILIK RIZAB MELAYU DI CYBERSOUTH | LBS KITA CYBERSOUTH




Zaman sekarang, kalau berkemampuan dan sentiasa ada gaji tetap lebih baik fikir untuk beli rumah terus. Harga rumah semakin lama semakin naik, beza dalam setahun boleh cecah dalam RM100k untuk rumah yang sama. Itu sebab siapa pernah beli rumah 10 atau 20 tahun lepas, kalau jual balik, harga rumah boleh berlipat dua kali ganda daripada harga asal. Jadi sementara masih muda lebih baik beli rumah kalau kewangan dah stabil, lagi muda you beli rumah, lagi lama you boleh tarik loan dengan bank. Jadi tak adalah rasa sesak sangat nak bayar monthly sebab bayaran monthly akan lebih rendah. Lagi bagus kalau you beli rumah yang baru nak launch, sebab harganya lebih murah, dan bulanan you hanya bayar ikut progess. Cara beli rumah macam ni sesuai untuk mereka yang baru nak hidup stabil, yang masih tengah climb the ladder terutama kepada yang baru mulakan rumah tangga. Installment by progress bermaksud, installment pada mulanya akan rendah dan secara beperingkat akan naik sikit demi sikit sehingga maximum monthly payment bila dah dapat kunci rumah baru nanti. Dari situ you guys boleh belajar untuk biasakan diri tolak tepi duit komitment rumah. Menarik kan? 
Tapi mana nak cari rumah yang baru nak launch ni? 
Ada banyak tapi kenalah pandai pilih yang bersesuaian dengan you tapi yang paling penting kena pastikan developer rumah tu trusted. Nanti kalau rumah tak siap, menangis air mata darah you guys. Tapi you guys tak payah serabut, I ada projek baru yang nak launch soon dekat Klang Valley. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca.


Projek baru yang akan launch tak lama lagi adalah phasa baru untuk Projek LBS di Kita @ Cybersouth. Kita @ Cybersouth berlokasi di Dengkil di kawasan Cybersouth City yang berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Projek ini merupakan projek baru yang akan menjadi satu township baru apabila pembangunan sudah tamat nanti. Terdapat beberapa projek di LBS Kita @ Cybersouth tapi yang I focuskan adalah rumah landed di projek Kita Mekar. Terdapat 3 jenis rumah landed di Kita Mekar iatu Townhouse, Double-Storey dan juga Single-Storey yang sedang soft-launch.







Apa yang istimewa sangat tentang projek Kita Mekar ni? Di bawah I buat penerangan ringkas mengenai projek ni.

10 SEBAB KENAPA PILIH KITA MEKAR DI KITA @ CYBERSOUTH


1. HARGA LEBIH RENDAH UNTUK RUMAH LANDED
Berlokasi di kawasan yang sudah pesat membangun, harga rumah di Kita @ Cybersouth boleh dikategorikan antara harga yang mampu milik. Harga rumah landed yang terdapat di sini bermula dari RM350,000 dan merupakan antara rumah yang mudah dimilki bagi mereka yang berpendapatan atas RM3000 sebulan. 

2. BERDEKATAN DENGAN MAJOR HIGHWAY
Terdapat banyak access keluar masuk untuk ke sana ke mari dari sini. Projek ini bukan sahaja dekat untuk ke KL dan kawasan-kawasan lembah klang tapi juga untuk ke negeri-negeri yang berhampiran seperti Negeri Sembilan dan juga Melaka. Nak balik kampung pun senang je.
  • Putrajaya-Cyberjaya Expressway via Elite Highway 
  • Maju Expressway (MEX)
  • South Klang Valley Expressway (SKVE)
  • North-South Expressway (NSE)
  • Damansara-Puchong Highway (LDP)
  • Jalan Dengkil-Banting

3. KONSEP RUMAH
Konsep rumah LBS kebanyakkannya gated dan guarded termasuk jugak Kita Mekar. Konsep perumahan Kita Mekar adalah berkonsepkan garden, di mana terdapat sebanyak 46 fasiliti sekitar kawasan perumahan untuk digunakan oleh penduduk. Rumah LBS juga di bawah jagaan STRATA di mana maintainence kawasan perumahan dan fasiliti akan sentiasa terjaga dan cantik untuk digunakan. 





KITA CYBERSOUTH MRT STATION


4. BERDEKATAN DENGAN MRT
Seperti peta di atas (refer sini), Kita Mekar berlokasi dengan MRT laluan 2 iatu laluan Sungai Buloh Putrajaya. Laluaan ini bermula daripada Kwasa Damanasara di Sungai Buloh ke Putrajaya Sentral di Putrajaya.  Station yang berhampiran dengan Kita Mekar adalah stesen Kuchai yang juga merupakan stesen transit ke KLIA Express. Jadi sesiapa yang kerja di KLIA, senang ambil grab ke stesen dan naik MRT je.


5. PROJECT LENGKAP DENGAN FASILITI 
Sepertimana projek-projek LBS yang lain, Kita Mekar juga akan dilengkapi dengan pelbagi fasiliti. Terdapat 46 fasiliti in total yang termasuk dengan taman permainan, court futsal, taman herba, laman grill, teratak dan banyak lagi. Of course ada 24 hours security, di mana projek ini dilengkapi juga dengan CCTV di setiap penjuru. Management office juga di dalam kawasan perumahan which is akan lebih memudahkan kalau ada apa-apa urusan rumah.


6. TOWNSHIP BARU
Kita Mekar ni didirikan di atas tanah rizab melayu, jadi township yang akan dibina nanti merupakan town baru yang dipolopori oleh orang Melayu. Kita @ Cybersouth bukan hanya terdiri daripada Kita Mekar sahaja, tapi ada juga beberapa fasa yang lain yang termasuk jugak dengan kawasan shop lot dan juga apartment.


7. BERDEKATAN DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN
Yang untungnya tinggal di sini adalah kawasan ini sudah developed dan terdapat pelbagai jenis kemudahan sikitar seperti di bawah:

1. EDUCATION
  • SMK Dengkil  (6.9 km) 
  • UITM Dengkil (1.4 km) 
  • SK Dengkil (7.1 km) 
  • Seri Puteri School (17.4 km) 
  • ELC International School (19.6 km) 
  • SMK Cyberjaya (20.5 km) 

2. SHOPPING MALLS 
  • Dpulze Shopping Mall (6.3 km) 
  • AEON BIG Putrajaya (14.3 km) 
  • Alamanda Shopping Centre (14.6 km) 
  • IOI City Mall (18 km) 
  • Mitsui Outlet Park (22 km) 

3. HOTELS & RESORTS / RECREATION PARK 
  • Putrajaya Challenge Park (10 km) 
  • Cyberview Lodge Resort (13 km) 
  • Bukit Unggul Country Club (13.5 km) 
  • Taman Botani Putrajaya (20 km) 
  • Putrajaya Shangri-La Hotel (21 km) 

4. HOSPITALS
  • Hospital Putrajaya (8.6 km) 
  • Hospital Serdang (21 km) 
  • Columbia Asia Hospital (35 km) 

5.  INTERNATIONAL AIRPORT 
  • KLIA 1 KLIA 2 (20 km) (21 km) 

6. GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE 
  • Palace of Justice Finance (15.5 km) (17 km) 
  • Putrajaya Mosque (17.5 km) 
  • Prime Minister’s Office (18.5 km) 
  • Putrajaya Sentral (19.5 km) 

8. BERDEKATAN DENGAN BANDAR
Projek ini berdekatan dengan bandar-bandar besar sekeliling yang memberikan pelbagai acess kemudahan, termasuk pelbagai jenis kedai makanan dan hiburan. Tentu akan banyak pilihan makanan untuk dipilih dari Grabfood dan Foodpanda.


9. TERDAPAT 3 JENIS RUMAH
Terdapat 3 jenis rumah di Kita Mekar ni, iatu Townhouse, Double-Storey dan juga Single-Storey yang baru nak launch. Populariti di sini amat tinggi sehingga semua rumah untuk Townhouse dan juga Double-Storey semua sold out! Sekarang hanya tinggal projek Single-Storey yang baru nak launch. Unit pun ada dalam 300 sahaja. Kalau lambat memang melepas, sebab di kawasan yang strategik ni, rumah pun macam hotcake, laku keras. 


10. LBS ANTARA TOP 10 DEVELOPER
Lagi satu kenapa I tekankan ini projek LBS, kerana LBS merupakan antara TOP 10 developer di negara kita dan merupakan ranking ke-4 setakat ni. Keistimewaan LBS adalah mampu memberikan rumah mampu milik dengan konsep mewah dan completion rate rumah seperti yang dijanjikan. Tiada lagi projek rumah terbengkalai dari LBS dan ia antara sebab kenapa ramai yang memilih projek LBS sebagai rumah idaman mereka.


So macam mana? Reason tak cukup kuat lagi ke untuk memiliki rumah di Kita Mekar? Kalau dah berhajat beli rumah, jangan tangguh-tangguh. Harga rumah semakin lama semakin naik. Sementara boleh dapat rumah berkonsepkan mewah dengan harga mampu milik, baik rebut peluang ni cepat.

Untuk lebih info on this project, boleh sahaja contact I terus. I bagi more details through Whatsapp je senang. Nak gambar, nak harga rumah, semua I bagi directly. Ada apa-apa pertanyaan boleh Whatsapp I terus. Jangan malu atau segan, nanti rugi tau. Kalau rasa malas nak Whatsapp, boleh request untuk I call you terus. 



No comments:

Post a comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.