06 February 2020

APA ITU JURUSAN PENGURUSAN SENI UITM (FiTA)



Hey peeps and Assalamualaikum,
I adalah ex-student UiTM dalam jurusan Diploma in Art Managements Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) Kampus Puncak Alam. Dah lama sangat graduate sebenarnya, dah dekat 10 tahun. Tujuan I tulis post ni sebab walaupun dah lama graduate, ramai yang masih DM tanya mengenai jurusan ni. Kadang-kadang sampai tak terlarat nak jawab, mungkin sebab korang terjumpa blogpost lama-lama I masa zaman belajar dalam carian google. Waktu tu I baru buat blog, so banyak experience peribadi I tulis yang melibatkan aktiviti yang I lalui di UiTM Puncak Perdana dulu. So kalau you guys nak tahu serba sedikit mengenai jurusan Pengurusan Seni ni boleh teruskan membaca, tapi I tak pastilah kalau apa yang diajar masih sama macam waktu I belajar dulu.



Pengurusan Seni ataupun Arts Management, masih bernama Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistk (TEKA) sebelum bertukar ke nama Fakulti Teater, Skrin dan Animasi (FiTA) masa I mula-mula belajar di sana dulu. Fakulti ini terdiri daripada 4 jurusan untuk Diploma dan Degree iatu Teater, Penulisan Kreatif, Teknologi Skrin, Pengurusan Seni dan Seni Animasi (Degree). Fakulti ini hanya ditempatkan dia UiTM Puncak Perdana sahaja bersama Fast Track accounting so boleh bayangkan kecil je Kampus Puncak Perdana ni. Walaupun kecil tapi best sangat Puncak Perdana sebenarnya, sebab korang boleh kenal semua orang senang je walaupun kau tak pernah tegur orang tu. You guys akan rasa mcm satu family besar, sebab apa? Nanti I cerita.

Setiap tahun mesti akan ada yang DM nak tanya lebih lanjut mengenai Fakulti ni, mungkin sebab tak banyak Universiti yang menawarkan jurusan seperti ini. Masa I dulu pun sama macam tu, tapi I tertarik nak ambil jurusan Pengurusan Seni dulu sebab pergi UiTM punya hari terbuka, eh jap. Lupa pulak nama tapi hari yang UiTM buat booth-booth untuk promosikan jurusan-jurusan yang lepasan SPM boleh mohon, Expo kot. Hari tu lah kot.

Anyways, kenapa I pilih Pengurusan Seni dulu? Kalau nak ikutkan, I punya result boleh je nak mohon apa-apa jurusan selain sains, I hampir nak daftar TESL. Tapi I ubah fikiran dan my parents pun supportive bagi I pilih apa-apa jurusan yang I nak belajar. Tapi sejurjurnya sebab satu senior ni, dia memang power, memang tergoda. Bukan sebab I ada crush dekat dia, I baru jumpa dia dekat Expo tu, dia hensem tapi pitching dia lagi hensem. HAHA... Dia putut jadi salesman, dari I tak berminat terus jadi minat mengenai jurusan Pengurusan Seni. I terus pilih pengurusan seni sebagai first choice dan Alhamdulillah memang dapat pilihan pertama.

Untuk batch I dulu agak untung sebab kami ditawarkan tanpa interview. Tak silap batch I batch yang pertama tanpa interview. Dulu I difahamkan by senior yang mereka perlu lepas interview untuk ditawarkan belajar sebab tu batch senior tak ramai, tapi batch kami terlalu ramai. Tak pastilah sekarang ada interview atau tidak. Jangan tanya interview dia tanya apa sebab I mmg tak tahu. 

Mula-mula diterima masuk UiTM, wajib lalui Minggu Destini Siswa (MDS) seminggu. Ini dianjurkan oleh UiTM so tak ada siapa boleh lari. Dia macam kem motivasi diri jugaklah, macam dekat sekolah dulu. Semua kampus UiTM akan lalui MDS serentak, tapi yang untuk buat MDS dekat Puncak Perdana sebab dia kecil, lagi senang nak kenal orang. Kerja kumpulan akan dijalankan selama seminggu dan campur semua Part 1 Diploma dan Degree untuk semua Fakulti. Masa ni korang akan jadi adik-adik baik abang dan kakak-kakak fessi walaupun korang takkan expect yang mungkin diaorang ni sebaya je dengan korang. Haha.. Tapi bagus sebenarnya, at least you guys kenal orang. Bila dah hidup dekat Universiti ni, antara survival skill yang kena ada adalah networking. Actually networking ni skill yang perlu ada even lepas belajar pun. I je belajar ni lambat sebab I introvert dan kurang keyakinan diri.

Selesai je MDS, student TEKA/ FiTA belum selesai lagi. Kitaorang masih ada INDUCTION yang dianjurkan oleh senior PART 5. Induction berbeza dengan MDS sebab itu bukan program rasmi UiTM tapi diberi kebenaran oleh Fakulti untuk dijalankan di luar waktu kelas selama seminggu juga. Masa kitaorang dulu, ada je yang memberontak tak nak join sebab tak official tapi siapa tak join tu akan rasa rugi. Kenapa? Sebab induction ni la yang merapatkan junior dngn senior yang korang akan banyak minta tolong nanti.

Pernah dulu viral dekat laman social pasal induction FiTA ni dan ramai nitezen yang tak faham kecam. Yes, nampak kejam pada awalnya sebab kau kena ikut apa je yang senior suruh tapi kalau diikutkan tak adalah hardcore mana pun apa yang disuruh buat. Pada mulanya je korang akan memberontak sebab korang rasa korang dah dewasa, kenapa nak ikut cakap senior macam budak bodoh. Tapi bila dah berakhir induction baru korang akan rasa sedih sebab akhirnya korang akan rasa macam kehilangan selepas dah build relationship dengan senior. Ok, yang ni hati-hati okay, ada je abang senior yang siap jatuh cinta lagi dekat adik junior. Haha... perkara ni confirm akan berlaku la setiap kali.

Masa zaman I dulu, malam selepas hari pertama kelas bermula, kecoh-kecoh kata budak-budak TEKA Part 1 kena berkumpul dekat bangunan IM. Zaman tu kitaorag tak ada whatsapp group lagi, Blackberry pun sem 3 macam tu baru wujud. Haha... so semua benda through mulut dan SMS. Group Facebook jela yang wujud masa tu. Puncak Perdana tu kecik je so berita senang je tersebar. Lagi-lagi di 'Pagar Cinta' (kalau korang masuk Kampus ni nanti korang tahu). Masa kena kumpul malam I memang tak puas hati sebab otak I masih set waktu malam adalah waktu rehat dan tak boleh dikacau. Kalau you guys masih ada mentality mcm ni, baiklah ubah sebelum you guys mohon masuk Fakulti ni sebab waktu malam pun you guys kena kerja officially ok.

Bila semua PART 1 dah berkumpul, senior-senior semua acah-acah garang. Terasa macam MDS je tapi hardcore sikit, sebab banyak senior yang bukan sahaja dari PART 6, tapi yang ambil masters pun ada. I ingat lagi masa tu semua tunjuk muka kerek je, macam diaorang boss. I tak kisah pasal tu sebenarnya, I masa tu fikir waktu tidur I je. LOL

Masa sesi senior perkenalkan diri, jangan jadi macam I yang senang terpedaya. Senior semua perkenalkan nama pelik-pelik dan aku ingatkan betul. Tapi serious bila ingat balik kelakar gila. Mana taknya, diaorg boleh cakap ' Nama aku....' and then semua senior lain gelak sekali. Ada member bgtahu, yang dia dengar senior tanya senior lain, 'weh nama aku tadi apa?' Kau rasa? Haha... I punyalah lurus dulu, I lepas habis induction pun masih tak sedar yang semua pakai fake names. Itu pun sebab member asyik perli je cakap I lampi a.k.a lambat.

Sepanjang induction, junior ditugaskan untuk ambil sebanyak mana tandatangan senior dan at the same time korang akan dibahagikan dalam kumpulan untuk persembahan hari akhir nanti. Aku antara yang bertuah dapat group Kak Iman (Nama induction) | Kak Su yang I pasti korang mesti kenal siapa dia ni. Hehe.. btw ramai senior yang kata group Kak Su mesti gempak dan memang gempak pun. Sepanjang seminggu tu kitaorg berlatih menari ( I yang kayu pun kena) sebab kitaorg menari bollywood. Serious kalau nak cerita balik panjang so skip dulu.

Masa habis induction, ramailah jugak yang ada withdrawel syndrome. Ramai kata rindu nak induction lagi sebab best. Aku ingatkan lega dah tak ada aktiviti malam dah tapi silap besar. Pengurusan Seni adalah antara course yang banyak aktiviti malam. Kalau ikutkan jurusan Filem dan Teater pun sama, so bare in mind yang Fakulti ni memang akan makan masa rehat korang sebab mostly credit adalah based on proejcts. If you guys tak boleh nak bekerjasa dengan orang, don't apply this course. Memang hampir semua subject dan pemarkahan based on group projects. You won't survive on your own kalau ambil course ni.

Pengurusan Seni di UiTM cenderung lebih kepada mengasah skill management untuk project-project seni seperti pementasan teater, events, dan juga perfileman. Kalau nak diikutkan, course Pengursan Seni akan bekerja bersama course Teater dimana pelajar-pelajar Pengursan Seni akan menjadi tulang belakang untuk menjayakan pementasan di belakang tabir. Korang akan belajar macam mana nak jadi Project Manager, Stage Manager, and also what to do in assigned job scopes macam costumes, stage lights, audio, marketing & sponsorship and a lot more. I pun dah tak berapa ingat sangat sebab dah lama sangat dah.

But below here is a simplified version of what to expect kalau ambil Pengurusan Seni:
1. You'll be learning a lot of skills
2. You'll have to mingle and work with people
3. You cannot be a loner
4. Teamwork is very important
5. You'll meet various kinds of people with different background
6. If you're talented, you have a chance to be in the limelight
7. You'll be introduced in Malaysia's film & production field
8. You'll learn roles of management in the industry

What happened to me after I graduated from this course?

1. Boosted My Confidence Level
Sejurjurnya, I dari zaman sekolah ada problem nak bergaul dengan orang. I tak pandai dan I dulu memang jenis takut-takut dengan senior. I tak berani nak melawan or have self-defense. Tapi setelah 2.5 years ambil course ni, I mula belajar and gained self-confidence naturally. I also got to understand myself better and what kind of person I actually am after going through a lot of projects and meeting so many people.

2. Widened My Social Circle
This may not seem important for you at first, tapi percayalah, bila dah masuk alam pekerjaan, you need this. From there you guys boleh determined which type of people you should stay close to and which to avoid. I only managed to have this after I got a boyfriend there. HAHA... Sebelum ada boyfriend, I kept sticking to my usual group, adalah kenal-kenal senior tapi I tak reti sangat nak mingle.

3. Bertemu Jodoh
Ini realiti ok, dan I bukan satu-satunya yang bertemu jodoh. RAMAI, sangat RAMAI. My husband is within my batch but dia ambil jurusan Film. We got together end of PART 2 tak silap and got married 7 years later. Janganlah koraang fikir nak ambil course ni sebab nak cari jodoh je. Kebetulan jodoh I dekat sana, and because of him I started to mingle with other people too. My husband punya social circle lagi terdiri dari orang-orang yang boleh tahan famous dekat kampus. Mula-mula I memang tak selesa nak bergaul dalam circle dia, sampai sekarang pun macam tu lagi. HAHA... I rasa diri I macam potato je. HAHA...

4. Easy to Apply Jobs Based on Experiences
Pengurusan Seni ni banyak projects and each project you'll learn a new skill. Janganlah asyik ambil the same type of work from before, if not you won't learn much. From these projects you boleh senaraikan dalam resume. Macam I, tak semua department I cuba, but antara yang I banyak join dulu, audio & lighting, marketing & sponsorship dan a few more. Serious tak boleh nak ingat semua sebab dah lupa. Tapi lepas Diploma, sementara tunggu masuk Degree, I apply kerja senang je dapat. Bila join projects, you'll tend to socialize and talk as well, which helps for you to prepare untuk interviews jugak. Makes you less nervous, cause you know deep down you can actually do it. Itu pendapat I lah, sebab waktu interview I tak ada masalah nak bercakap and bila I talk about my experiences I could explain everything.

5. Taught Me Reality
Since this course makes it possible for you to meet so many types of people, you'll soon learn reality.

Kenapa I tak sambung ambil Degree untuk course Pengurusan Seni?

Sebab I got to know myself better while I was there.

1. I can't function at night.
It's a habit actually, I've always been a morning person, so being a night owl is hard for me. Macam I mentioned above, course ni banyak projects and almost all projects require you to work at night lagi-lagi bila event dah nak dekat. Awal-awal dulu I cuba jugaklah cope with it, but bila dah masuk sem-sem akhir, I cuba focus job scope yang tak require I kerja tengah malam. Believe it or not, I banyak kali jugaklah balik campus pukul 3pagi, or even at dawn, sebab siapkan kerja dekat event space, which is normally dekat Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, their main campus. Dalam sejam travel dari UiTM Puncak Perdana. So because of working commitments at night, I got to know yang I cannot do this forever. It drains me.

2. I'm An Introvert
Apa benda ni? HAHA... Fakulti Filem, Teater & Animasi merupakan antara fakulti yang melahirkan anak seni persembahan, which you'll be able to see a lot off hot guys and girls around. Even though you bukan dari jurusan Teater, Fakulti ini melahirkan banyak talent dan juga pelakon. Normally these kind of people are natural extroverts and there is this thing in the social circle has this kind of status quo going around where there are the hot types, the smart types, the nerd types, the social types even the weird types and I don't feel like I belong into any category. There's a lot of gossip and judging going around which eventually wasn't easy on me. I tried so hard to belong in my early semesters but eventually, I gave up and just mingled with anyone without giving much thought. I was most comfortable going solo or with my boyfriend during my final semesters. I came to know that I'm a deep introvert by heart, so I decided to embrace it.

3. I Prefer To Work Alone
Like I mentioned above, this type of field required a lot of teamwork, if you jenis nak buat semua benda sendiri, then this field is not for you. If you work alone, the project might even fail and you can be put the blame, which I bet no one wants. So naturally, kalau you berminat dalam bidang ni, make sure you senang bergaul dengan orang. Social skills tu sangat penting. In my case, I ada limit on how much time I could be around people. HAHA... Honestly, during my last semesters, I only used the energy to mingle around people during work time. Right after class or projects, I go straight back to my room and take as plenty of 'ME' time that I need. Then bila dah bertenaga balik, baru pergi jumpa orang.

4. I Knew That This Line Wasn't For Me
Don't get me wrong, being in this field isn't bad at all, it has its perks. Tapi selepas a few years menceburi bidang ni, I learned that yang ini bukan untuk I. The lifestyle working in this field is not for me. Yang macam I explain dekat atas tadi, I bukan night owl, I susah nak mingle, I lebih prefer buat kerja sendiri. So that's why I came to know, this is not my calling. Kalau ikutkan my results we're not bad, I was usually on the Dean's List and I graduated with a great result, tapi kenapa nak teruskan kalau dah tahu bidang ni is that your true calling. Besides, I think being a manager our art industry also requires natural skills and I saw my friends, having that, and mana yang memang dari dulu discover skill tu masa belajar, untill now dapat persue dalam bidang ni. For those who were not

So itu jelah yang I boleh tulis, dah lama I tulis post ni actually tapi tak publish sebab tulis sikit-sikit. LOL...  Nak tulis macam ni je pun makan masa tau.
So kalau korang more curious, boleh baca I punya blogpost yang dulu-dulu masa zaman I belajar lagi dekat sana.
Student Life
Nanti scroll bawah-bawah

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.