13 September 2019

PROJEK PERUMAHAN BARU DI PUNCAK ALAM | LBS ALAM PERDANA


Tergerak hati nak tulis post ni sebab ramai yang tahu suami I kerja sebagai Property Agent tapi ramai tak tahu project apa yang dia jual. Disebabkan punca rezeki kami dari sales dari projek ini, kami turut berpindah di kawasan projek perumahan ini yang sedang membangun di Alam Perdana Puncak Alam. Project ini merupakan project daripada salah satu top developer di Malaysia iatu LBS. Suami sudah focus menjual project ni hampir 3 tahun juga dan sekarang sudah masuk FASA-3 yang dibuka untuk jualan. Hampir kesemua unit dari setiap FASA telah berjaya dijual dan akan ada banyak lagi FASA yang akan dibuka nanti. Nak tahu kenapa ramai yang yakin membeli dan LBS membuka lebih banyak FASA? Teruskan membaca di bawah.


Kami berpindah di Alam Perdana sejak awal tahun ini, dan perumahan kami merupakan perumahan lama yang berada betul-betul di belakang project LBS. Sebenarnya Alam Perdana Puncak Alam sudah lama dirancang untuk dibangunkan dari masa project perumahan kami giat dibangunkan lagi, tapi sayangnya project itu terbengkalai sejak sedekad lalu. Kini LBS mengambil alih project untuk membangunkan kawasan Alam Perdana yang bila keseluruhan project siap, Alam Perdana akan menjadi satu township baru bersebelahan dengan Eco World Puncak Alam.

10 SEBAB KENAPA LBS ALAM PERDANA 

1. HARGA LEBIH RENDAH
Kalau dibandingkan dengan project perumahan yang lain yang sedang membangun di Puncak Alam, LBS Alam Perdana merupakan antara project yang menjual rumah paling murah bermula dari 400k dengan konsep gated and guarded. Antara rumah yang dijual adalah Townhouse, Teres dan Semi-D.

2. BERDEKATAN DENGAN MAJOR HIGHWAY
Walaupun sekarang mungkin terasa agak jauh, tapi sebenarnya Alam Perdana connected dengan banyak major highway. Antaranya:
Latar
Guthrie
North South Highway
DASH Highway (Highway Baru SHAH ALAM-KL)

3. KONSEP RUMAH
Konsep rumah yang mewah dan cantik. Rumah juga adalah jenis gated dan guarded. Luas jalan antara rumah dengan rumah lain pun besar. (I tahu sebab I nampak, sangat luas)

4. BERDEKATAN DENGAN MRT
Ini masih dalam perancangan tapi mungkin you all dah pernah pun dengar percangan kerajaan untuk membangunkan MRT ke Sungai Buloh.

5. PROJECT LENGKAP DENGAN FASILITI 
Project LBS Alam Perdana setanding dengan konsep perumahan seperti ini yang lain walaupun harga yang ditawarkan lebih murah.
Antara fasiliti yang ditawarkan adalah:
Clubhouse
Playground
Swimming Pool
Gym
dan banyak lagi.
Jumlah failiti yang ditawarkan adalah 52 termasuk FASA 1 & FASA 2.

6. TOWNSHIP BARU
Alam Perdana akan menjadi satu town yang baru dimana fasiliti seperti,
  • Sekolah Kebangsaan
  • Sekolah Menengah
  • Klinik Kesihatan
  • Shopping Mall
akan dibangungkan di kawasan ini tidak lama lagi. Mungkin akan ada lagi penambahan lain tapi yang lain-lain belum dipastikan lagi.

7. BERDEKATAN DENGAN UiTM
UiTM Puncak Alam hanya 5 minit sahaja dari kawasan perumahan LBS Puncak Alam. Ini merupakan good news kepada mereka yang suka buat investment rumah. Disebabkan ramai juga student yang tinggal luar hostel di sini. Siapa lepasan UiTM tahulah yang hostel biasanya hanya provide untuk pelajar Diploma dan Semester 1 je. So yang lain-lain banyak cari rumah sewa di luar, which is a good opportunity nak sewakan rumah juga.

Seperti yang dikatakan dari awal tadi, kami berpindah ke kawasan Alam Perdana dari awal tahun lagi dan kami nampak progress development LBS hari-hari. Kerja mereka sangat laju dan perumahan FASA 1 dan 2 sudah hampir siap. Kami tengok dari luar pun dah nampak cantik, apa lagi kalau dah siap sepenuhnya. Mungkin sekarang Alam Perdana terasa seperti tempat yang dipinggirkan, tapi sejak pembangunan pesat di kawasan di Puncak Alam ini, terdapat semakin banyak kemudahan.

Kami pun dah mula rasa selesa duduk di sini walaupun pada awalnya saya tak begitu gembira bila suami rancang untuk pindah jauh lebih dalam dari bandar (hehe... saya dah terbiasa dengan kemudahan bandar). Tapi bila dah lama-lama semakin rasa selesa duduk di sini, dan bila tahu banyak fasiliti yang akan dibina dan nampak progress pembangunan pun laju, kami pun merancang akan membeli rumah di sini juga nanti. Rasa macam kawasan ni tenang untuk besarkan anak-anak.

8. BERDEKATAN DENGAN BANDAR
6 minit ke Econsave Puncak Alam
10 minit ke Bandar Puncak Alam
11 minit ke Tesco Puncak Alam
28 minit ke 1 Utama
29 minit ke Setia City Mall
31 minit ke Kota Damansara
41 minit ke Mid Valley
43 minit ke KL

9. TERDAPAT 3 JENIS RUMAH
Townhouse
Double-Storey Terrace
Apartment

10. FINISHING RUMAH YANG BERKUALITI
Reputasi LBS menyediakan finishing rumah dengan produk yang berkualiti anataranya tile lantai, tile dinging, pintu, cermin, perlengakapan bilik air.

NAK TAHU LAGI? CONTACT JE 'KAMI'
Jika you guys nak tahu lebih info mengenai project LBS Alam Perdana ni boleh je contact kami. Jangan risau, kami sedia menjawab segala pertanyaan anda, termasuk juga experience kami tinggal di kawasan berdekatan dengan project pembangunan.

Segala info berserta gambar rumah dan project akan diberikan melalui whatsapp tapi lebih baik kalau anda datang terus ke Sales Gallery LBS dan tengok sendiri show unit untuk semua rumah yang ditawarkan. Jangan malu-malu atau segan nak contact. Nak tanya saja-saja pun tak apa. Mana tahu kita berjiran nanti. ;)

UPDATE FEB 2020:
1. Kipmall sudah dalam pembinaan
2. Fasa 1 dan Fasa 2 sudah dapat kunci
3. Tahun ini ada lucky draw untuk pembelian rumah, terdapat banyak hadiah seperti kereta dan perkakas rumah untuk dimenangi.

Nak tahu lebih lanjut, contact me now!

39 comments:

  1. Masa memula nak pindah ke Puncak Alam... LBS la pit stop pertama Bro singgah dulu...

    Tengok kawasan sekelilingnya, cepat juga membangun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. LBS nak buat rumah lagi Bro. Ada banyak lagi FASA ni

      Delete
  2. owhhh..ada perasan iklan LBS event hari tu..tapi x dan nak singgah. keje kat puncak alam, tapi x rasa nak beli umah dekat ngan tempat kerja. sbb nanti xde feel nak travel jauh konon pergi-balik keje dekat sgt, x best.hahahaha

    Red Linda ~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang mungkin fikir macam ni, tapi lagi 10 tahun mungkin rasa lain? Puncak Alam masih membangun sekarang so rumah masih murah. Nanti a few akan datang mesti harga mencanak naik. Ramai juga beli rumah area sini sebab nak buat investment.

      Delete
  3. Tak rugi beli aset masa muda ni. Nampak menarik , if ada rezeki kita cuba dan Kawasan Puncak Alam pun boleh tahan makin berkembang sekarang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, Puncak Alam memang sedang membangun pesat. LBS Alam Perdana pulak nanti township baru. Harga rumah mereka kalau nak compare antara yang murah daripada rumah developer lain dekat kawasan sekitar. Boleh dapat rumah landed bawah RM400K.

      Delete
  4. Banyak projek LBS ni yer. LBS memang top developer kat Malaysia. Ada juga pembangunan LBS di Cyberjaya yang saya juga dah beli :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh!!! Taniah dah memiliki rumah. Puas kan tengok rumah LBS ni? Sebab tu company ni antara Top Developer dekat Malaysia. Rumah-rumah diaorang cantik and harga pun mampu milik. Fasiliti pun banyak diaorang provide kan?

      Delete
  5. puncak alam ni dah maju n ramai dah mula tggl kat sini sbb byk fasilities yg dekat dan bagus rugi kalau beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul, sekarang masih dalam process pembangunan so harga rumah masih murah lagi. Kalau tunggu lagi lama mesti rugi, sebab nanti Puncak Alam akan ada lagi macam-macam.

      Delete
  6. Ala rumah kenapa bila kita dah ada rumah sendiri baru nak bagi tahu kalau tidak boleh beli kat sana tengok harga dan juga rumah serta kemudahan yang ada sangat berbaloi cuma kalau kerja kat KL agak siksa sikit lah kan hurmmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah dekat sini murah lagi Madi, boleh je beli 2nd house. ;) And jangan terkejut tau, highway baru tengah buat untuk connect Puncak Alam ke KL. Nanti dari sini dalam 20 minit je sampai KL. Even akan ada MRT jugak ok.

      Delete
  7. nak sangat ade rumah sendiri..tapi tu la, duit tak masyuk lagi..hehee..moga ade rezeki nanti..mmg cari area dekat dengan rumah sana..sana murah sikit kan..tengok banyak kemudahn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... semoga doa akak dapat rumah sendiri tak lama lagi. Mira pun harap ada rumah atas nama sendiri jugak one day. Sejak duduk Puncak Alam ni, hati dah lekat dah dekat sini sebab dah tahu akan ada macam-macam. And even now pun not bad, banyak dah kedai-kedai bukak dekat sini. Tak payah pergi jauh-jauh kalau mengidam nak makan apa-apa.

      Delete
  8. Tahniah Mira on your new job. Moga dipermudahkan semua urusan.
    Kalau la dekat, maybe Rawlins nak beli rumah kat situ but jauh sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Rawlins. Dekat Puncak Alam ni ramai je beli untuk investment dulu sebab ramai kerja jauh-jauh kan. Rumah murah and potential rent memang ada. Yela 5 minit je dari UiTM Puncak Alam, lagi-lagi bila campus main dah bertukar dekat sana. Lagilah ramai sanggup invest.

      Delete
  9. not bad la tempat ni..banyak fasiliti berhampiran..walaupun jauh dari ibukota tapi tetap banyak kemudahan yang diperlukan ada kat sini...harga rumah still ok lagi. kalau dibandingkan di tempat lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang memang rasa jauh, tapi tunggu lagi a few years. Puncak Alam dengan KL macam jiran je. Confirm ramai yang kerja KL pun akan mula menetap dekat sini. Even sekarang pun ada je yang kerja KL dari sini, sebab tu ada je yang kerja KL beli rumah dekat sini siap-siap. Sementara masih murah, kalau harga rumah LBS ni dekat KL, tak dapatnya landed property.

      Delete
  10. elok kalau tengah planning nak ada hartanah ni. kena dengan harga, loan approved, walla ! tunggu masa siap boleh duduk dengan tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul tu, project LBS ni patutnya siap tahun 2020 tapi FASA 1 dah nak dapat kunci dah hujung tahun ni. Cepat kerja diaorang ni, I hari-hari tengok progress pembangunan diaorang depan rumah. Cantik!

      Delete
    2. Untuk projek LBS Irama Perdana bila boleh dapat kunci ye?

      Delete
    3. Untuk LBS Irama Perdana bila boleh dapat kunci ye?

      Delete
  11. Projek yg lengkap dengan prasarana...xsusah2 nk p hotel dah lepas ni mandi kolam...ank2 pn suka dok sini nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Yes, memang dah banyak kemudahan dekat sini

      Delete
  12. looks like it's a nice place to stay as well as invest.. great analysis... nice..

    ReplyDelete
  13. wah.. TB suka kalau kawasan projek tu dan disediakan lengkap dengan kemudahan dan prasarana .. kira semua ada dekat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Project perumahan diaorang ni ada 32 fasilities okay, banyak gila. Ada macam-macam, hujung minggu tak payah pergi jauh-jauh untuk beriadah, dalam kawasan rumah pun boleh.

      Delete
  14. Terbaik. Lengkap dengan pelbagai prasarana. Kalau saya dah berduit mesti dh beli rumah dkt kawasan ni. Lagipun tak crowded sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata tak crowded pun tak jugak sebab banyak penempatan dekat sini, tapi nasib baiklah jalan dekat kawasan sini luas dan banyak lagi akan diluaskan untuk menampung jumlah penduduk dekat sini.

      Delete
  15. Abg sedara ada duduk belah puncak alam. Tu je la yang kita tahu. Hehe
    Last dtg rumah dia lebih kurang 10tahun lepas. Dah tak tahu macm mana kawasan sana sekarang. Katanya dah makin maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dulu memang tak ada apa sangat, I dulu belajar area Puncak Perdana, sebelah dengan Puncak Alam, masuk Puncak Alam dulu sebab nak McD je, selain tu tak ada apa. Tapi sekarang ada macam-macam. Even tealive pun bersepah-sepah sekarang. LOL

      Delete
  16. Makin banyak perumahan kat Puncak Alam sekarang. Bagus untuk pengajar dan pelajar kat UiTM.

    ReplyDelete
  17. makin banyak perumahan yang dibina di puncak alam kan. sy pernah duduk area situ masa praktikal. walaupun sy x prefer lokasi puncak alam nie tp mmg harga perumahan situ agak sedikit murah berbanding tmpt lain

    ReplyDelete
  18. nak tny confirm ke main kampus akan berpindah ke puncak alam atau dlm perancangan? lepas tu tgk dlm master plan Lbs xde plk kata nak buat shopping mall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah pindah lama dah, dari zaman saya belajar di UiTM Shah Alam lagi, dah berperingkat fakulti kena pindah ke UiTM Puncak Alam dan UiTM luar negeri. Katanya UiTM Shah Alam nak focus untuk pelajar Master dan PhD je. Untuk yang mall tu dah confirm ada dan sedang dalam pembinaan

      Delete
  19. Replies
    1. Ada, contact la I kalau nak tahu maklumat lanjut

      Delete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.