05 August 2019

MANA NAK BELI CADAR MURAH DAN BERKUALITI



So ramai yang tanya mana I beli cadar untuk my home lepas I update gambar dekat Instagram. Yelah, kalau I pun curious, sebab I beli banyak termasuk bedsheet, comforter, sarung bantal dan selimut semua RM60 je. Quality pun quality hotel, sebijik ok. Tak tipu. I beli cadar ni dekat Klang, terus ke rumah penjual, sebab dia memang suruh ke sana kalau nak borong cadar. Pergi sana make sure pocket penuh and korang banyak masa nak diluangkan sebab confirm rambang mata nanti. Nak tahu lebih lanjut teruskan membaca.


I dari dulu memang suka katil I ala-ala pinterest, cosy dan sedap tengok tapi nak dapatkan exactly macam dalam pinterest banyak makan cost, so post ni untuk korang yang teringin nak deco katil macam style orang putih tapi tak banyak budget. Jangan risau, quality produk awesome and paling penting dia bukan pre-loved ok.

Cadar-cadar yang I maksudkan adalah cadar-cadar yang dibeli bundle dari Korea dalam quantity yang banyak. If you guys selalu ke pasar you selalunya akan nampak orang jual cadar, probably tu semua dari supplier yang sama tapi yang I nak share ni dari penjual cadar dekat Klang yang dah lama berniaga cadar ni. Dia dah berniaga lebih 15 tahun dan family I antara regular customer dia. Kitaorang jumpa dia dekat pasar pagi dekat Sijangkang, memang kalau lalu depan booth dia wangi gila, so susah kalau tak tertarik ke tempat dia. I dah bertahun beli dengan dia and cadar-cadar yang I pernah beli sampai sekarang tahan and cantik lagi. Yang paling banyak beli my mum sebab senang bila orang datang ada cadar cantik and kitaorang pun jenis suka tukar-tukar cadar.


Kalau korang tak layan cadar bundle, so this is not for you. Just stick to your own preference, tapi kalau you guys are willing to try, I assure you that it might change your perspective on these. Cadar-cadar yang you guys akan nampak adalah cadar-cadar yang reject which means, ada yang koyak, kotor ataupun salah jahit. Pilihan cadar sangat banyak dan selalunya satu jenis untuk satu cadar, so kalau nak beli design yang sama memang susah. Beli cadar sini pun ikut luck jugak, ada masa you guys akan jumpa cadar yang sangat-sangat elok dan ada masa design biasa-biasa je. I suka beli dengan seller ni sebab setiap cadar yang dijual, dia akan basuh dahulu dan bau dia sangat-sangat wangi ok. Wangi dia tahan sampai kita balik basuh lagi pun dia still wangi.

Apa yang you guys boleh expect from this seller:
  • Sarung Tilam
  • Cadar
  • Sarung Bantal
  • Selimut
  • Kebersihan barang
  • Harga Murah
  • Sabun dan pewangi cadar yang digunakan
Terdapat pelbagai jenis cadar dan lain-lain yang boleh dipilih. Ada jenis cotton, baldu, linen, satin dan pelbagai jenis kain. Corak dan warna pun pelbagai jenis. You guys kena rajin tengok, which means kena angkat satu-satu dan tengok. Seller pun dari dulu sangat membantu okay, dia rajin beri layanan walaupun kita nak itu, nak ini dia sabar je. Haha.. I lah tu, memilih sangat. Kalau you guys beli dengan dia dekat pasar, semua dia dah basuh dan tersusun cantik. So senang you guys nak pilih tapi options tak banyak sangat especially if you're looking for white colours.

Dia prefer orang terus datang ke rumah dia di Klang sebab semua stock dia disitu dan korang akan ada lebih banyak option nak pilih. I selama ni beli dekat pasar je, tapi yang purchase I yang latest ni I terus ke rumah dia sebab I memang nak cari cadar putih for my room. I tahu dekat pasar selalunya dah tak ada. Bila sampai dekat rumah dia, memang ada rumah khas untuk cadar je. So you guys boleh pilih dalam tu, just prepare mentally yang dia bukan bukak kedai, so keadaan dalam tu tak adalah tersusun sangat, tapi bersih. Cadar-cadar yang dia dah basuh dia akan letak di dalam, tapi yang dalam process yang dia nak sort out dari bundle besar dekat luar. Dia bagi jugak kalau you guys nak pilih dari situ, tapi dekat luar tu semua tak berbasuh lagi. 

Dengan seller ni, you bawak satu keluarga you datang sekali, sebab kalau you beli banyak dia kira lagi murah. Seriously, I dah bertahun beli dengan dia, sarung bantal dalam RM3, selimut RM5, sarung tilam RM10, cadar RM50, itu semua harga standard. Tapi ikut quality jugak, kalau kain yang bagus mahal sikitlah, but lagi murah dari beli dekat kedai. Contoh cadar yang RM300+ dekat luar boleh dapat RM100+ je dengan dia, and kalau ada koyak atau nampak kotor sikit dia akan bagi harga lagi murah. Lagi-lagi kalau datang beli dekat rumah dia, memang murah gila dia bagi. Bayangkan sarung tilam hotel dia jual dekat I RM5 je. Murah gila okay, dah lah king size, quality 5 stars and tak kotor langusng. Husband I happy gila masa first day I pasang cadar tu dekat katil. In face, sheets dan comforter favorite dia semua I beli dengan seller ni. Bertahun tahan and masih cantik lagi.

My mum kalau beli tak lari la RM200 sekali beli. Last time I bawak my father in law datang, RM300+ jugak dia borong. I pun kalau ada yang I berkenan mesti RM100+ jugak tapi sebab last time I datang, stock tak banyak so I tak jumpa jenis yang I nak. So ambik je lah apa yang ada dulu. Husband cakap next month insyallah boleh datang lagi. Harap adalah for the next visit.

So last sekali, ini details seller ni, nama dia En Zul.
Kalau nak ke rumah dia call atau whatsapp je. Jangan terus ke sana sebab dia bukan bukak kedai, ada masa yang dia tak available.

Phone Number: +60 12-684 9449
Location Rumah: Jalan Masjid Ahmadi, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor
(Betul-betul sebelah masjid)
Coordinate: 3.0588704,101.4084106



Tips: Kalau you guys nak lebih banyak pilihan, tanya dulu En Zul ni sama ada stock baru dah sampai belum. If dia dah ambik stock baru, mesti banyak pilihan.

P/S: Post ni tak sponsored

Till then peeps!

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.