07 September 2018

GAMOHEALTH MAMA SUTRA



Menjadi seorang wanita bukan mudah, banyak perkara perlu dijaga terutamanya badan kita sendiri. Walaupun bekerja ataupun seorang suri rumah, tugas kedua-dua peranan ini amat memenatkan dan kadang-kala kita tiada masa untuk diri sendiri. Walaupun I seharian di rumah, tetapi semakin bertambah kerja dari masa berkerjaya dulu. Kadang-kadang memang tiada masa untuk diri sendiri, tapi lama kelamaan, I nak impak tidak menjaga diri, terutamanya bila I baru lepas bersalin tak sampai setahun lagi. Nak tahu apa yang I alami? Teruskan membaca.



Semasa bersalin, banyak jugaklah perubahan badan yang berlaku dekat I, antaranya badan berbau dan kulit belakang leher dan celah ketiak menjadi hitam. Selepas bersalin kulit hitam hilang dengan sendirinya tetapi bau badan tu kadang-kadang masih ada. Dan perkara itu sangat merisaukan terutama bila keluar dan berhadapan dengan orang, senang buat I hilang keyakinan diri. Selain itu, I dapati juga badan I banyak sangat angin, rasa tak selesa je dan kadang-kadang buat I berangin jugak. HAHA... Okay, gurau. Saya tidak ada masalah haid tidak teratur sebab sudah 9 bulan saya tak datang haid selepas bersalin, mungkin sebab I menyusukan anak tapi kadang-kadang yang merisaukan adalah masalah vagina berbau. Itu sebab I akan sentiasa pakai panty liner walaupun di rumah. Itu adalah antara masalah yang I hadapi dan agak banyak juga produk yang I cuba tapi tak berkesan pun. Tapi I tak pernah cuba produk yang perlu dimakan, sebab I menyusu badan, I sangat berhati-hati dengan pemilihan pemakanan I tapi lepas I diperkenalakan satu produk ni, I rasa macam teringin nak cuba.

Produk yang I maksudkan adalah Mama Sutra. Selepas bersalin sampailah sekarang, I tak dapat makan jamu, sebab setiap kali I makan jamu mesti anak I demam. Jadi selepas baca isi kandungan yang terkandung dalam Mama Sutra, I teringin nak mencuba. Mama Sutra diperbuat daripada pelbagai jenis bahan yang elok untuk badan dan antara bahan-bahan yang terkandung dalam produk ini juga adalah antara bahan yang terdapat dalam jamu juga.

Di bawah I senaraikan bahan yang terdapat dalam Mama Sutra yang diambil dari blog Mama Sutra.

Kurma 
Mengandungi potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim


Prunes 
Membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.



Delima 
Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Ia juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.



Buah tin 
Makanan tambahan untuk kesuburan. Ini disebabkan vitamin dan mineral di dalam nya untuk menggalakkan tenaga dan stamina.



Kacip Fatimah 
Mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual



Air mawar 
Khasiatnya memberikan rasa tenang dan menyegarkan untuk tubuh anda. Bahkan bagi anda yang memiliki gejala psikologi, seperti stress akibat penyakit jantung akan perlahan lahan di sembuhkan melalui cara ini.



Buah asam gelugor 
Meningkatkan daya tahan tubuh diperlukan supaya kita tidak mudah sakit. Selain mengandung antioksidan yang berguna untuk melawan radikal bebas, Garcinia Combogia juga dapat digunakan sebagai salah satu solusi bagi anda yang ingin selalu tampak awet muda.



Halia 
Halia berkait rapat dengan proses keradangan dan kesakitan termasuk sakit otot selepas bersukan, sakit akibat datang bulan dan arthritis.



Sirih 
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan sistem peranakan.


Kunyit putih 
Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka2 dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh.


Manjakani 
Mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin



Serapat 
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan.



Manggis 
Kulit manggis mengandung banyak zat aktif yang berguna untuk mengobati berbagai penyakit, salah satunya untuk mengobati keputihan.



Kayu manis 
Ia terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut kerana kulit kayu manis ini mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.Kajian menunjukkan cinnamaldehyde dapat meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, sekaligus membantu untuk mengimbangi hormon



Habbatussauda 
Habbatus sauda meransang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ia juga membantu kesuburan.



Collegen 
Kolagen pun adalah jenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.



Arabic gum 
Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine. Selain itu Arabic gum dapat membantu melegakan senggugut



KELEBIHAN MAMA SUTRA


• Membantu merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur.
• Membantu merawat masalah vagina berbau.
• Membantu mengetatkan faraj.
• Membantu merawat masalah lelehan yang banyak pada faraj.
• Membantu melambatkan proses monopous.
• Membantu mengurangkan masalah sengugut. 
• Membantu membuang angin dalam badan.
• Membantu menghilangkan bau badan.
• Memberi tenaga dalaman wanita.
• Membantu merawat masalah dalaman dan memudahkan untuk mendapat zuriat.


Seperti yang anda dapat baca diatas, produk ini banyak kelebihan dia yang buat I sendiri terasa nak mencuba dan akhirnya I cuba juga. Rasanya tak begitu manis dan tak begitu payau juga. I memang tak berapa suka makan ubat tapi rasa Mama Sutra ni masih boleh diterima oleh I. Mama Sutra ni perlu diambil 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga pada waktu malam. Dinasihatkan untuk menggunakan sudu plastik kerana produk ini mengandungi madu.

Setelah seminggu mencuba produk Mama Sutra ni, sejujurnya I tidak nampak banyak beza pada diri I lagi, mungkin sebab baru mencuba untuk seminggu, tapi apa yang I perasan I banyak kentut, HAHA... Seriously senang buang angin dan badan I rasa ringan sikit dari dulu. Perut pun rasa selesa je buat I rasa lebih produktif. Selain itu I sudah tidak ada masalah vagina berbau, walaupun seharian di rumah dan tidak pakai panty liner I tak perlu tukar seluar dalam sekerap yang I buat dulu. Untuk yang lain-lain I masih tak nampak perubahan lagi, mungkin dia ambil masa. Ini menunjukkan yang produk ini tak dicampur dengan bahan yang tidak sepatutnya sebab kalau kita nampak perubahan drastik yang sangat cepat ia adalah mustahil untuk produk yang mengunakan produk-produk semulajadi.

MAKLUMAT LANJUT
HARGA: RM40
FB : Mama Sutra HQ ( http://bit.ly/2LEneYx )
IG : mamasutrahq (http://bit.ly/2MCAP7R )
No fon: 0147116101

PROMOSI TERKINI:

Pendaftaran percuma untuk yg berminat untuk menjadi agent


No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.