28 January 2018

PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SHAH ALAM


Sambung post aku yang sebelum ni, aku memang dah nekad nak bersalin dekat hospital shah alam jadi aku banyak google pengalaman orang bersalin dekat sana. Aku terus ke PIC, dari pintu utama tu belok kiri, betul-betul sebelah emergency. Masa daftar hanya ibu mengandung je dibenarkan masuk so tak payah la nak suruh sesiapa teman. Masa daftar nurse tanya kenapa datang hospital, aku cakaplah ketuban dah pecah. Dia minta IC dan buku pink lepas tu suruh aku baring dekat katil. Tak sampai 5 minit ada nurse datang pasang tali dekat perut aku. Aku tak pasti apa nama mesin tu tapi yang aku tahu untuk baca contraction. Lama jugak aku dalam bilik tu sebab nurse cakap bacaan tak cantik, baby aku tido and aku masih tak faham sebab apa dia pasang mesin tu dekat aku. Haha...


Dah dekat sejam lebih baru aku dibawa naik ke labour room. Masa aku sampai aku dengar nurse dengan Dr mengomel sesama sendiri cakap 'ada lagi'. Haihhh aku faham sangat dah tapi aku buat bodoh je. Aku memang tahu yg Hospital Shah Alam ni sentiasa penuh untuk ibu bersalin, tapi sebab aku memang dah check up dekat KK shah alam aku tekad nak dekat sinilah jugak. Dr suruh aku ke bilik 1 dia nak check bukaan. Aku dah mula rasa tak selesa, sebab pertama aku tahu sakit, kedua sebab Dr yang check lelaki. Nak request Dr lain macamlah boleh sangat, redo jela.

Kalau ikutkan memang segan sangat tapi nak buat macam mana, ikutkan jela. Dr check cakap bukaan masih 1cm, dia bagi masa 12 jam untuk capai bukaan 10cm, if not kena induce. Dia terus cakap 'you dah kena admit tapi wad tak ada kosong' so aku kena tunggu dekat labour room sementara tu. Nama aku dalam waiting list, masa tu ada 21 orang lagi yang masih menunggu wad. Dia bagi aku baju hospital suruh salin and suruh bagitahu suami untuk register nama aku dekat bawah. Nasib baik hubs dah sampai dari Puncak Alam masa tu so senang sikit urusan, tak ada nak susuahkan bapa mertua.

Lepas daftar, husband hanya dibenarkan jumpa di ruangan menuggu labour room sahaja. Ada bilik khas untuk pelawat especially husband, tapi cuma seorang pelawat sahaja dibenarkan sekali masuk untuk satu pesakit. Rupanya mak aku dengan nenek aku pun datang masa tu. Aku pun terkejut sebab aku dah cakap tak yah datang, tapi tetiba muncul je dekat bilik menunggu tu. Mak dengan nenek aku bagi pesanan macam-macam dan disebabkan aku tak rasa sakit nak beranak lagi diaorang pun balik. Aku yang suruh balik sebab buat penat je nak tunggu aku. Tinggallah suami aku je dekat ruangan menunggu, aku pulak duduk dekat ruangan menunggu dalam labour room sebab panas dekat ruangan menunggu dekat luar tu. Kesian suami aku kena duduk sorang-sorang. Haha.. Bila dah petang tu aku suruh dia balik mandi, lepas isyak nanti datanglah balik sebab aku dijadualkan untuk induce pukul 2pagi.  


Sementara dekat labour room tu macam-macam aku nampak dan dengar, yela dah duduk situ sepanjang hari tak buat apa-apa. Aku banyakkan berjalan mundar mandir sambil baca doa nabi yunus tapi masih tak ada  rasa contraction. Di sekeliling aku ada yang duduk  melayankan contraction, ada yang menangis, ada yang terjerit-jerit sakit, ada yang mundar mandir macam aku, ada yang santai je, macam-macam orang. Aku sempatlah kenal dengan beberapa orang yang menunggu wad macam aku jugak. Diaorang banyak yang admit sebab overdue. Ada yang anak pertama, ada yang kedua, dan ada yang nak lahirkan anak ke 8. Macam-macam cerita pengalaman bersalin aku dapat daripada diaorang. Jadi tak adalah bosan sangat menunggu. Malam tu lepas Isyak hubs datang bawak makan malam. Aku siap boleh minta Mcd lagi, dia bawakkan. Hehe... malam tu dia setia meneman dekat ruangan menunggu sementara aku dekat ruangan menunggu labour room. Aku keluar sekejap-sekejap jenguk dia sebab aku rasa panas je dekat luar. Padahal hubs cakap dia rasa sejuk je. Dia pun tak kisah aku duduk dekat dalam. 

Patutnya pukul 2.30am aku kena induce sebab dah 12 jam tapi Dr kasi extend lagi 12 jam sebab bukaan terbaru masih 2cm. Diaorang ada drip aku dengan ubat apa tah, aku tak ingat tapi untuk anak aku. Tapi aku dapat tahu info lambat, pukul 3am baru aku tanya nurse kenapa aku tak dipanggil lagi. Kesian suami aku tunggu, pukul 4pg aku suruh dia balik tido, esok pagi jela datang.

Pagi besoknya aku dah mula tak selesa, malam bukannya dapat tido pun. Adalah aku baring sekejap dekat kerusi menunggu tu tapi mana nak selesa dengan perut memboyot macam tu. Sepanjang malam ramai jugak yang bersalin, ada dengar tangisan baby dari bilik-bilik bersalin. Ada yang terjerit-jerit sakit, buatkan kitaorang yang dekat luar ni yang rasa nervous. Ada yang petang datang, malam ni dah bersalin, kitaorang yang menuggu lama ni stress je sebab tak cukup rehat.

Hubs datang bawak sarapan dalam pukul 8 macam tu and then masih setia menunggu dia ruangan menunggu bersama husband-husband lain. Kitaorg macam dah dapat geng dah, sebab lama kan duduk situ. Aku sekejap-sekejap je pergi dekat hubs sebab panas, haha... banyakkan masa dalam labour room so macam-macam ragam aku dapat tengok. Ada yang jenis degil yang tak nak dengar cakap nurse pun ada.

Dah tengahari baru aku dapat tahu aku dijadualkan pukul 3.30ptg utk induce kali ni, so lepas makan tengahari aku suruh husband balik dulu. Hubs tanya nak makan apa tapi aku tak ada selera, so dia beli je nasi campur, kitaorg makan sama-sama sambil dia suapkan aku. Memang masa mengandung ni aku banyak mengada-ngada, aku suka dia suapkan makan, memang berselera terus walaupun  makan biasa-biasa je.


Aku punyalah dah ready tapi pukul 4 petang baru nurse panggil check bukaan baru 3cm. So Dr cakap dia akan jadualkan aku untuk bersalin bila ada bilik bersalin yang kosong sebab sekarang ni bilik semua penuh. Aku dah tercengang sebab dah lebih daripada 24jam, tp Dr cakap dia check heartbeat baby masih okay. So postpone, then aku tengok dekat whiteboard diaorang dah jadualkan aku pukul 9pm. Aku dah mula stress sebab dah penat and tak selesa. Hubs pun nampak tak tenang jugak, yela dah lebih 24 jam dekat hospital tapi aku masih tak bersalin walaupun ketuban pecah. Aku suruh dia balik dan datang balik lepas maghrib sebab pukul 9 aku dijadualkan untuk bersalin. Hubs belikan aku makan malam pada waktu petang dan suapkan aku makan. Menu macam semalam jugak nasi campur, memang berselera aku makan sebab dia suapkan.

Lepas maghrib hubs datang and cuba tenangkan aku sebab aku dah mula takut. Berapa kali aku minta maaf dekat dia sebab aku memang banyak dosa pun dengan dia. Masa mengandung aku banyak cari pasal tak memasal, nasib baik dia banyak sabar. Pukul 9 lebih nurse panggil aku untuk masuk bilik check up. Diaorg suruh aku baring je, aku ingatkan ada check up atau apa tapi tak ada pun. Lama gila, kalau aku tau aku tido je, sebab aku memang dah mengantuk masa tu dan dah dekat 2 hari aku tak baring, so rasa letih sangat. Tapi sebelum tu aku dah makan kurma siap-siap sebab takut aku deliver tak ada tenanga langsung.

Dalam pukul 10pm, nurse panggil suruh masuk labour room. Aku dah berdebar sebab kebayakkan yang masuk labour room ditolak ke dalam, aku berjalan dengan rela. Bergeletar jugaklah kaki, nasib baik aku dah kencing awal-awal. Aku baca kalau nak terkecing dalam labour room, nurse akan cucuk tube dalam pundi kencing so aku takut kena, aku kencing siap-siap. Masa lalu bilik labour room yang lain aku serious berdebar-debar, bila masuk labour room aku rasa macam menyerah diri untuk diseksa je.


Aku disuruh untuk baring dan seperti biasa nurse akan check jantung baby dengan contraction dulu. Lepas tu midwife explain yang dia akan pecahkan ketuban aku then induce aku selama 2 jam. Kalau bukaan aku masih kecik, aku akan kena induce lagi 4 jam dengan dos yang lebih kuat. Aku berdebar dengar dan berharap sangat aku tak kena induce yang kedua tu. 

Seperti yang dikatakan, lebihan ketuban aku dipecahkan, midwife keluarkan macam lidi yang panjang, haihhh... nak terkincit aku tengok. Then dia cucuk bawah tapi tak sakit pun, rasa air suam mengalir je. Lepas beberapa minit aku nampak perut aku mengecik, tapi masih ada bonggolan kecik. Kemudian perut aku dikat untuk monitor jantung baby dengan check contraction. Tak lama lepas tu aku dimasukkan drip, (induce), aku cakap dekat midwife yang tangan aku belah kiri ni dah bengkak tapi dia tanya aku nak kena cucuk lagi ke, so aku cakap tak apalah. Seingat aku masa tu dalam pukul 11mlm, aku dah mula sakit setiap 15 minit tapi aku masih boleh tahan lagi, aku berharap sangat dalam tempoh 2 jam ni bukaan aku akan buka banyak so aku boleh start deliver. Sepanjang 2 jam tu aku banyak tanya midwife walaupun aku dah sakit tapi aku curious bila nak habis, nampaklah midwife 2 orang tu macam dah bengang dengan aku tapi diaorang layankan jugak.soalan aku. Tak lama lepas tu diaorang tinggalkan aku sorang-sorang terbaring sambil menahan sakit. Sebab aku kena tinggal sendiri melayan sakit, aku asyik pandang jam dingding yang besar dalam labour room tu dengan harapan cepatlah selesai.
Pukul 1pg midwife masuk dan check bacaan aku, dia kata dia akan induce aku yang kedua. Aku rasa macam nak menangis dah, sebelum tu dia tanya aku ada nak kencing tak, sebab takut punya pasal aku cakap tak ada. Lepas tu dia marah cakap takkan tak ada rasa nak kencing, dah 2 jam dah ni. Air masuk dah banyak, lepas tu dia ambik tube dan cucuk dekat bawah, rupanya menyengat je sikit, lepas tu lega rasa air kencing keluar, rasa ringan. Hahaha... Sampai dia cakap, ni banyak u kencing ni. Haha...


Selesai tu, dia nak masukkan lagi satu drip dekat tangan aku. Aku cakap yang benda dekat tangan ni nak tertanggal, tube kecik dia yang dekat salur darah tu dah nak terkeluar, boleh dia tolak je masuk ke dalam walaupun lagi sikit nak terkeluar. Sakit gila, then dia masukkan drip kedua, tak sampai seminit aku cakap tangan aku sakit sangat, tak boleh nak gengam pun, barulah dia cucuk tangan kanan aku, masukkan drip dari belah sana. Habis dua-dua tangan dah sakit tambah lagi dengan sakit contraction, lemah dah aku dibuatnya.

Aku ditinggalkan dalam bilik tu sorang-sorang lagi, memang midwife tak tipu yang induce kedua ni 4x ganda kuat dan memang sakit. Setiap 10 minit akan ada contraction kuat gila selama 5 minit, rasanya tak boleh digambarkan. Aku terbaring perhatikan jam baru 1.30pg, lama lagi nak habis sesi yang ni tapi aku dah rasa longlai dah. Tapi aku tahankan jugak, air mata dah mengalir, aku menahan sakit tapi aku cuba tak jerit walaupun sakit gila. Aku ketap gigi, jadi dalam bilik hanya dengar bunyi mesin dengan jam dingding. Sejam berlalu, aku dah mula dapat corak dia, 10 minit rest, 5 minit contraction. Dalam masa 10 minit tu aku serious boleh tertido sebab penat sangat, tapi bila contraction datang 5 minit tu, rasa macam kena seksa dalam mimpi. Besi tepi katil tu aku pegang kuat gila setiap kali contraction. Terasa segala urat kaki tegang sebab aku menahan sakit seluruh badan.

Pukul 2pg midwife masuk jenguk lagi, aku cakap yang aku tak tahan dah. Dia cakap awal lagi, tapi agaknya dia kesian tengok aku, dia check bukaan aku, baru 5cm dia cakap. So kena tunggu lagi. Aku sedih, dalam fikiran aku nak cepat habis je. Aku rasa macam dalam torture room pun ada. Lagi sekali aku dtinggalkan, dan lepas sejam berlalu akhirnya aku menjerit sebab kali ni memang sakit teramat. Midwife datang check bukaan baru 7cm, dia kata awal lagi. Aku cakap tak tahan sangat, betul-betul nak teran dah ni. Dia kata jangan teran, bukaan belum besar lagi. Aku cakap memang tak boleh tahan, aku dah terteran sendiri walaupun aku cuba tahan, lepas tu dia kata okaylah. Dia ajar aku teran, mula-mula posisi terlentang yang biasa kita tengok dekat TV tu, dalam 5 minit aku teran kepala baby masih tak nampak. Then midwife ajar posisi mengiring, tapi aku tak selesa posisi tu, lepas 5 minit pun tak nampak kepala baby. Midwife kata saya bagi awak lagi satu peluang, kalau kepala baby tak nampak awak kena tunggu lagi. Aku kembali posisi terlentang dan kali ni aku teran kuat-kuat dan lepas beberapa minit midwife nampak dah kepala baby. Aku dah semangat sikit. Dia suruh aku ambik nafas dan teran, tapi bila lepas beberapa kali teran aku dah mula penat plus aku asyik kena marah sebab angkat punggung walaupun tak sedar.

'Puan teran lagi, jangan stop kepala baby dah nak keluar ni, nanti baby lepas'
'Puan jangan angkat punggung'
'Puan saya akan gunting sikit untuk bantu percepatkan keluar baby'
'Degil betul la u ni, jangan angkat punggung nanti koyak lagi banyak u kena jahit nanti'
'Push lagi puan, tarik nafas'

Mulut aku pulak asyik la minta maaf dekat midwife 2 orang tu. Sebab aku tak sedar pun aku angkat punggung. Aku rasa adalah dalam 3 minit kot, aku lemah dah rasa, kemudian aku nampak husband aku masuk bilik. Aku rasa lega, nak nangis pun ada. Muka dia macam terkedu masa masuk, tapi dia cepat-cepat jalan berdiri dekat kepala aku. Dia usap-usap kepala aku dan cakap kepala baby dah keluar dah tu, dan bisikkan kata-kata semangat dekat telinga aku. Aku terus rasa semangat, terus aku teran lagi dan akhirnya baby keluar walaupun banyak kali kena marah dengan midwife. Alhamdulillah syukur sangat bila baby dah selamat keluar dan dengar tangisan dia.

Midwife angkat baby dan terus letak dekat dada aku. Ya Allah, rasa bahagianya tak dapat nak cakap. Aku terus menangis masa tu, suami aku azankan dekat situ jugak. Midwife bagi beberapa minit kitaorg bertiga. Aku tengok anak aku elok je atas dada, mata tertutup tak menangis pun lepas letak dekat dada.  Suami aku cium dahi aku dan ucap terima kasih sebab lahirkan anak dia, memang nampak dia happy sangat masa tu. Aku pun mula rasa sebak tapi tak jadi nak nangis sebab midwife masuk suruh hubs keluar untuk uruskan apa entah.

Ada nurse datang bawak milo panas kasi aku minum pakai straw. Cepat gila aku sedut, rasa sedap gila pulak milo tu. Nurse pun ambik anak aku bawak ke luar bilik dan aku bersiap sedia untuk penyeksaan kedua dan ketiga. Nak keluarkan uri pulak. Tak sakit sangat pun lepas dah lalui contraction, tapi ambil masa jugak midwife keluarkan uri. Yang lama sebab dia keluarkan lebih lebihan darah, aku dapat rasa lepas dia seluk darah mengalir keluar banyak, walaupun tak nampak. Bagus juga midwife tu, dia betul-betul buat kerja, tak malas. Dia cakap rahim aku dalam sangat, so dia ambik masa nak keluarkan apa yang patut. Bila dah selesai mula proses mejahit. Ya Allah... aku ngeri gila tapi dalam otak aku cuba fikir positive je.

Midwife kata dia bg aku ubat tapi ubat tu tak lama pun, lepas beberapa minit aku dah rasa sakit. Memang terangkat-angkat kaki dengan punggung dan sekali lagi aku kena marah. Aku tak henti-henti minta maaf tapi memang reflex aku macam tu so aku tak boleh buat apa. Midwife cakap aku okay je, diam je nak bersalin tapi asyik angkat punggung je. Lama jugak dia jahit aku sebab lepas beberapa minit aku dah mula rasa jarum tu. Pedih oii... Lepas jahit dia pakaikan aku pad dan tinggalkan aku dalam bilik penuh dengan darah. Aku ingatkan sekejap tapi adalah jugak dekat sejam aku terlentang dekat sana, sampai ada cleaner masuk bersihkan bilik tapi aku masih dibiarkan. 

Aku panggil-panggil nurse tapi tak ada siapa datang. Sunyi je dekat luar tu. Adalah dekat sejam aku terlentang baru aku nampak suami aku bawak wheelchair. Midwife aku pun datang balik. Suami aku sorong aku keluar, masa dia sorong aku keluar tu aku tak tahan air mata. Aku menangis sebab rasa lemah sangat, rasa macam segala tulang-tulang dah patah. Aku nampak ibu-ibu lain yang dah lepas bersalin muka semua sembap tapi aku sorang je menangis dekat situ. Aku malu jugak, tapi tak boleh nak tahan. Suami aku pujuk aku jangan nangis siap cium kepala aku lagi. Dia tersengih-sengih happy sambil tengok anak dia dalam cot baby. Aku tak tahu kenapa aku macam lagi sedih bila tengok dia happy tersengih padahal aku terpaksa hadap sakit sorang-sorang. Dia sorong aku ke wad, nurse pulak sorong anak aku. Adalah dalam 5 orang ibu yang lepas bersalin masuk wad sekali dan aku tak berhenti menangis sepanjang perjalanan ke wad. 

Dah masuk wad pun masih lagi menangis, nanti aku sambung entry masa dekat wad pulak




7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bila baca pengalaman ni teringat kenangan lahirkan baby kt hospt shah alam ni.

    ReplyDelete
  3. alahai...memang masa lepas bersalin akan ada rasa touching tu,teringat pulak pengalaman bersalin saya sendiri..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kali pertama saya rasa, bila teringat balik memang rasa bahagia masa tu. Alhamdulillah syukur

      Delete
  4. Alaaa samanya nasib kita..saya bersalin hospital shah alam juga tahun 2016.. Layanan nurse mcm tu la..ad yg baik ad yg kasar sikit.. Tapi keadn kita sama..bila sakit contrction tu..hbis besi katil keting keting bunyi😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itulah pengorbanan. Harap pengalaman bersalin awak lagi baik dari saya.

      Delete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.