07 February 2017

CARA MENGURUSKAN BORANG KAHWIN BAGI ANAK SELANGOR (PEREMPUAN) & PROSES SELEPAS NIKAH


Hye Guys, sorry but today's post will be in BM since this post will be targeted for Muslims here in Malaysia which majority of them are Malays. Maafkan jika Bahasa Melayu saya agak kelakar, dah lama tak tulis Melayu ni. Hari cakap Melayu, bahasa pasar senang je, tapi bila nak menulis tak tahulah kenapa susah sangat.
Okay, masuk topik. As most of you know, aku sudahpun bergelar isteri orang dah 3 bulan. Sebenarnya aku dah separuh draft post ni sebelum kahwin lagi, tapi sibuk tak sempat nak siapkan, so aku sambung je untuk proses lepas nikah macam mana.
Untuk mudah faham aku senaraikan dalam bentuk point. Tapi semua langkah ni dari pandangan aku je, tak perlu ikut turutan aku betul-betul.



1. Kursus Kahwin

Apa-apa hal sebelum nak kahwin, settlekan kursus kahwin dulu sebab kursus ni adalah antara perkara yang paling malas nak dibuat orang. Sebab apa? Bila dah masuk alam pekerjaan dah rasa malas nak masuk dewan kuliah lagi-lagi 2 hari full kena dengar ceramah. Lebih baik kalau korang masih belajar lagi, pergi je kursus kahwin dekat Uni, senang dan murah. Masa tu boleh la feeling-feeling nak kahwin walaupun lambat lagi. LOL... But masa aku pergi kursus kahwin itu hari, pihak pengajur termasuklah ustaz-ustaz lebih galakkan datang kursus bersama pasangan so dua-dua boleh dengar dan realate sama-sama apa yang cuba disampaikan. Confirm korang akan sengih-sengih walaupun cuba nak cover macam mana pun sebab bila dah masuk topi yang korang akan suka tu. Hehe
So bila dah setel kursus kahwin, make sure sijil tu simpan elok-elok. Kalau hilang kena datang kursus lagi. So tak tahu nak pergi kursus kahwin dekat mana? Boleh pergi tempat yang aku pergi dulu, boleh tahanlah ustaz-ustaz tu buat lawak. Tempat pun selesa.


2. HIV Test

HIV Test ni wajib pergi buat 6 bulan sebelum kahwin dekat mana-mana klinik kerajaan. Aku tak pasti klinik kerajaan area lain tapi yang aku dapat tahu, klinik kerajaan Bukit Tinggi Klang, Telok Panglima Garang dan Shah Alam buat HIV test waktu petang. So try tanya dulu Klink berdekatan korang HIV Test buat waktu bila, kalau tak sia-sia kau ambik cuti, pagi-pagi gigih redah jam pergi klinik konon nak cepat setel, tapi kena balik sebab test buat waktu petang. Korang boleh start pergi dalam pukul 12 atau pukul 1. Pergi je kaunter cakap nak buat HIV Test untuk kahwin and diaorang akan bagi borang untuk lelaki dan perempuan.
Borang tu boleh tahan jugaklah banyak details nak kena isi termasuklah ujian stress level, so make sure bawa pen sendiri dan cari tempat selesa nak isi borang.
Selesai isi borang, diaorang akan suruh pergi ambik darah and then jumpa doktor. Masa ni la akan ambik masa nak menunggu sebab ramai orang and boleh jugak terjadi korang akan dilupakan. So jangan malu nak tanya atau update dengan staff dekat klinik, kalau tak berjanggut la korang tunggu nak habis. Mungkin tak semua klinik macam tu tapi klinik yang aku pergi last time ada beberapa incident termasuk aku dan pasangan lain terpinga-pinga sebab tak ada direction yang betul-betul specific.
Bila dah selesai jumpa doktor, staff dekat kaunter akan bagi surat warna pink yang mengesahkan korang dah buat ujian HIV. Nak senang, simpan surat HIV tu dalam sampul sijil kahwin supaya tak hilang, sebab surat tu nipis sangat, bila-bila boleh koyak. 


3. Borang Kebenaran Berkahwin Lelaki

Refer: Senarai Semak Permohonan Nikah Lelaki
Bila dah masuk 3 bulan sebelum berkahwin, make sure buat awal dokumen kebenaran berkahwin ni. Nanti kelam kabut susah. Take note yang aku tunjuk ni bagi pasangan yang IC beralamat di Selangor sahaja. Aku tak pasti negeri lain sebab orang lain kata ada beza sikit bagi mereka yang bukan orang Selangor.

Okay, pihak lelaki kena isi borang online dulu sebelum pihak perempuan boleh buat apa-apa.
Pergi ke laman web http://ncr.jais.gov.my/ dan daftar guna number IC.
Once dah daftar, sistem akan automatik tunjuk borang yang perlu isi dan download. Yang mana tak perlu, akan ada tanda pangkah. Memang tak boleh access pun.
Jangan confuse tau, isi borang online tak bermaksud submit online. Borang yang korang isi tu akhir sekali kena download dan dihantarkan ke pejabat agama daerah korang.

Bila borang dah siap print, make sure pergi ke pejabat agama dengan 2 orang saksi. Kawan-kawan pun tak pe, janji orang tu kenal korang. Jangan lupa bawa Sijil Kahwin + Copy, Slip HIV Test+Copy, Salinan IC, Salinan IC 2 orang saksi. Dekat situ korang kena lafazkan bahawanya korang ni bujang dan belum berkahwin, dan saksi pun kena lafaz juga. Selesai dapat pengesahan, diaorang akan bagi Surat Kebenaran Berkahwin yang telah ditandatangan dan disahkan. Bila dapat surat tu, selesai dah dari pihak lelaki.


4. Borang Kebenaran Berkahwin Perempuan

Refer: Senarai Semak Permohonan Nikah Perempuan
Masa kursus kahwin dulu, ustaz memang dah mention yang urusan perempuan nak kahwin ni lagi leceh dari lelaki, terutama anak dara selangor, sebab tu mas kahwin mahal. Hehe..

Okay, untuk perempuan pun mula-mula make sure ke laman web http://ncr.jais.gov.my
Korang ada 2 Borang untuk diisi bagi anak tempatan selangor dan 3 borang untuk mereka yang tinggal di selangor tapi alamat IC di negeri lain.
So aku cerita yang untuk anak Selangor dulu.

* Isi borang Perempuan (Borang 2C)
Maklumat Perempuan
Maklumat Lelaki
Maklumat Pernikahan ( Akad Nikah )
Maklumat Pemohon
Maklumat Wali
Maklumat Saksi Pertama
Maklumat Saksi Kedua


* Isi Borang Wakalah Wali (Borang 2D)
Keizinan Pengantin Perempuan
Pengakuan Wali
Perwakilan Wali
Maklumat Saksi


* Jika bukan beralamat di Selangor, Isi Borang Permastautin (Borang 1A)
Maklumat Pemohon
Maklumat Saksi

5. Jumpa Pendaftar Nikah

Macam mana nak jumpa pendaftar nikah kena ikut tempat tinggal dan pejabat agama masing-masing. Macam aku dibawah pejabat agama Daerah Kuala Langat dan tinggal di Telok Panglima Garang. Kami memang sudah tahu siapa pendaftar nikah di tempat kami, so aku tak pasti tempat lain macam mana. 
Bila dah buat temu janji untuk berjumpa, pastikan pihak perempuan bawa
1. Sijil Kahwin
2. Borang 2C
3. Borang 2D
4. Wali (nama yang diisi dalam borang)
5. 2 Orang Saksi (nama yang diisi dalam borang)

Tujuan bawa wali dan 2 orang saksi adalah kerena mereka perlu melafazkan dan mengesahkan bahawa u guys memang anak dara dan belum pernah berkahwin. Process dia tak lama pun, dalam 20 minit dah selesai. 

6. Hantar Borang ke Pejabat Agama Daerah & Serahkan Semula ke Pendaftar Nikah

Setelah selesai dengan urusan pendaftar nikah, borang borang itu hendaklah dihantar ke pejabat agama daerah masing masing untuk mendapatkan persetujuan. Untuk menghantar dan mengambil borang daripada pejabat agama, hantar wakil pun boleh.
Apabila borang-borang sudah dapat pengesahan daripada pejabat agama, perlu dihantar semula ke pendaftar nikah sehingga tiba majlis pernikahan. 
Maka selesailah urusan pernikahan sebelum kahwin.

Tapi, masih ada lagi urusan selepas pernikahan berlangsung. Ini yang u guys perlu tahu:

1. Simpan Baik-baik Slip Sementara Nikah

Selepas majlis ijab qabul nanti, pendaftar nikah akan berikan slip kahwin sementara untuk beri masa pejabat agama process sijil kahwin korang. Make sure simpan slip ni dalam wallet baik-baik, takut korang kena tangkap masalah je nanti. Slip ni sah selama 1 bulan selepas tarikh nikah. 

2. Ambil Sijil Nikah di Pejabat Agama Daerah Masing-masing

Sijil kahwin korang boleh diambil di pejabat agama daerah masing-masing selepas 2 minggu daripada tarikh nikah. So make sure kalau korang ada cuti kahwin tu, settlekan cepat-cepat ambil sijil kahwin dekat pejabat agama sebab ambil sijil kahwin tak boleh hantar wakil. Suami Isteri perlu pergi ambil sijil kahwin sama-sama. Ambil sijil kahwin pun sekejap je, just bagi slip sementara kepada mereka.

3. Buat Permohonan Kad Nikah (JAIS Shah Alam)

Aku tak pasti kalau buat kad ni wajib atau tidak, tapi ada kad pintar lebih senang daripada nak bawa kad pintar ke sana kemari. Lagi-lagi kalau korang pasangan yang suka travel dan check in sana sini. Kad Nikah ni hanya boleh buat dekat JAIS Shah Alam sahaja, aku tak pasti sama ada tamat tempoh untuk mohon kad kahwin lepas nikah, tapi aku mohon kad kahwin 2 bulan lepas nikah masih ok lagi.
Ini yang korang perlu bawa masa mohon kad nikah
1. Sijil Kahwin (Copy)
2. IC (Suami Isteri)
3. Gambar passport (Suami Isteri)
4. RM40
Dekat JAIS nanti korang perlu is borang permohonan dekat Kaunter yang ambil nombor giliran. Slip warna peach, dia tersorok sikit dekat tempat ambil nombor tu, so ramai pasangan yang terlepas pandang. Make sure isi slip tu sebelum no korang dipanggil. Bila sampai giliran sekejap je process kalau korang dah sediakan semua benda dulu. Tak sampai 5 minit pun, dia akan bagi slip dan tarikh untuk ambil kad kahwin yang dah siap. Nak ambil kad kahwin boleh hantar wakil yang penting kena bawa slip yang diberi.

So itulah kesuluruhan process untuk berkahwin. Bila dah dapat Kad Nikah barulah selesai semua urusan dengan pejabat agama. Ramai yang cakap kahwin tak senang, memang tak senang pun tapi korang bersusah payah dengan pasangan korang, which should make you guys appreciate the hardness you both went through to get married. Sorry kalau bahasa dah caca marba, susah nak lari dari menulis dalam English sebab dah terbiasa dan maaf jika ada silap dalam post ni. Ini cuma apa yang dilalui oleh aku dan sekadar perkongsian. Kalau korang ada cara lain boleh suggest di comment bawah. Sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang hendak melangkah ke alam perkahwinan kelak.

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.