23 September 2014

OMG Fest kini Kembali di Seksyen 7 Shah Alam


Assalamualaikum.
Ok siapa pernah dengar tentang OMG Fest?
Angkat kening, kaki, tangan!

Sejujurnya this is my first time I heard about this.
Rasa macam katak di bawah tempurung sangat.
Nama blogger tapi apa yang berlaku sekeliling pun masih buntu.

Tapi sekarang dah tahu bolehlah gelar diri blogger balik kan?
Trolololo.

Anyways
OMG Fest Kini kembali sempena Aidil Adha.
Kepada mereka yang pernah turut serta untuk OMG yang dulu bolehlah juga turut serta di OMG Fest Part 2 yang akan diadakan di

DEWAN RAJA MUDA MUSA, KOMPLEKS BELIA & KEBUDAYAAN SELANGOR
SEKSYEN 7 SHAH ALAM
28 SEPTEMBER
10 pagi - 9 malam


Apa yang menariknya mengenai OMG Fest ni?
Berbelanja sambil menderma.
Muslim Care, Youth Change Movement Malaysia serta Appslippers Pioneer akan mengadakan pertunjukan fesyen inspirasi dari bumi Gaza yang bertemakan "Gaza Fashion Expression" dimana ia akan menampilkan 18 rekaan ekslusif dari Madiha Souk.

Selain itu, dengan kerjasama Muslimah diver, satu penyerahan bendera Gaza telah dibawa turun ke dasar laut di Pualau Tioman yang dilakukan pada 15 dan 16 September lalu sebagai salah satu inisiatif untuk membantu tabung kemanusiaan Gaza. Bendera yang sama ini juga akan diserahkan semula semasa acara OMG Fest ini nanti.


Tapi apa tarikan lain untuk OMG Fest ni?
Sempena raya Aidil Adha yang akan datang, seramai 200 peniaga akan dihimpunkan.
Dengan pelbagai produk terkini akan dijual dengan harga runtuh sehingga 90%.

Artist-artist tempatan juga akan turut bersama seperti Raja Ema dan Catriana Rose.
Bukan sahaja mereka tapi ada Mawi, Zarina Zainudin Afdlin Shauki, Ako Mustafa dan ramai lagi.
Dan pastikan korang semua singgah tempat Kak Raja Ema dengan koleksi Sleepwear dia.
Serious sangat cantik! Selesa! Macam bukan baju tidur dah. heeee


Walauapapun, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk OMG Fest kali ini.
Pasti seronok jika datang bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam acara ini boleh menguhubungi pihak OMG Fest Ventures di talian 011-26261656 atau email enquiry@omgfest.my.

Ini kerana OMG Fest akan juga ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan juga Kelantan

Untuk maklumat lanjut


No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.