03 March 2013

Nuffnang's 6th Birthday Bash


Nuffnang's 6th Birthday Bash was awesome! Wohoaaaa.. Its a new experience for me. Nasib baik la roomate sekarang Pika dapat temankan, kalau tidak memang tak sampai la aku ke sana. Nak drive area KL, memang tak adalah aku, area sesak tak berani lagi nak drive.

Masuk-masuk je, mak aihhh.. Meriah betul kat dalam ni, tengok ramai-ramai mulalah kepala pusing-pusing. Last-last cari port kat tepi-tepi tempat yang maih boleh dapat oksigen. Sebelum tu singgah dulu dekat booth Deezer, main game teka lagu. HAHA.. Lagu Pitbull dia kasi aku teka, memang sekejap jela dapat jawab. Last-last menang pendrive Digi 8GB, walaupun ramai yang kata dapat pendrive dah best, aku sebenarnya aim payung, pendrive tu aku dah dapat dah event lepas-lepas. Hahaha.. Diberi peha nak betis. Terima jela.



Masuk lebih dalam jumpa lah blogger-blogger yang familiar dan yang tak. Haha. Aku ni mana kenal orang, nak tegur bukak mulut pun payah, kena orang mula dulu, bila dah kena topik tak berhenti pulak cakap. Yang mana kenal tu borak-borak la sekejap, tapi aku banyak bercakap dengan Pika je malam tu. Dia punya lampu kalah lampu DSB untuk Diploma Showcase hari tu. terpukau jugaklah tengok.


Event malam tu mula dengan makan malam, makan buffet nasi. Macam nak pecah jugaklah perut makan. Pika pun dah tak terlarat nak sumbat lagi. Then after that ada performances and games. Eh lupa, ada dance performance yang cool gila sebelum makan. Memang gempak diaorg ni menari.


Then then ada games, malangnya games tak banyak sangat. Aku menunggu game menang smartphone sebab tu aku tak masuk mana-mana games masa mula-mula. Rupanya games untuk menang smartphone memang tak ada, so kecewa sekejap. Tambah pulak aku baru dapat tahu ada lucky draw, blogger-blogger lain ada kata masa daftar tu diaorg ada diberi kertas untuk tulis nama, tapi masa aku daftar tak ada pun. Daaaannngggg.. Kecewa, tapi malas nak kata apa-apa dah, tengok ragam-ragam blogger lain masa main game dah cukup entertaining. Pika yang bertuah malam tu, dia dapat teka mash up punya lagu dapatlh bawak balik set penjagaan muka.


And there's the cake, cake dia pun cool, dalam gambar nampak lah orang-orang kuat Nuffang semua ada malam tu. Aku tertanya-tanya jugak tengok headphones dekat cake tu, dalam poster suruh bawak headphones, tapi macam tak ada function je headphones masa party malam tu. Ok, maybe aku yang over excited.



As usual ada muka-muka familar, with Cik Lily Putih, Pen Merah and Nisa Kay. Ada jugak Rayyan Haris malam tu, Penaberkala dan Atika dan Kifli Malli, Rawlins dan dan..., aku sebut yang mana aku kenal dan ada komunikasi antara dua pihak. Hahaha... Yang lain ada jugak kenal tapi macam biasalah nak tegur segan.


Ada jugak kenal dengan blogger-blogger baru masa event tu. Cuma tak ingat nama, haihhh.. Tambah pulak aku ni malasnyaaaa la nak mencatat nama dalam phone, tambah-tambah lagi phone aku yang tak seberapa ni tak banyak function. Cehhh.. Serious aku perlukan camera phone yang lebih elok, nak berblog tapi camera sendiri tak ada, macam mana tu?  Mengharap kasih +1 jela setiap kali ke event untuk gambar.

Dan korang ada tertanya-tanya tak kenapa semua sibuk dengan belon? Well satu belon-belon ni memang cantiklah lah kan nak bergambar, but yang paling menarik, setiap belon ada pemiliknya. Masa untuk dapat invitation, kan blogger-blogger kena submit entry untuk lagu-lagu pilihan di Deezer. And inilah hasilnya,


Wohoaa.. Cool kan? Everyone yang submit lagu ke Deezer dapat, and gambar dia cantik-cantik, according lagu pilihan. Actually aku ada sumbit dua entry untuk deezer ni, and dia pilih dari blogpost, itu  yang keluarnya backstreet boys tu. LOL.. Aku rasa aku sorang je pilih lagu lapok, semua yang lain lagu-lagu terkini.

Anyways, malam tu memang fun, sorry tak banyak gambar. Camera tak ada so tak dapatlah nak tunjuk apa yang kitaorg dapat dalam goodie bags. Yang penting everything menarik.

Till then, just want to Thank Nuffnang for this awesome party. Hope to join again next year and again Happy 6th Birthday Nuffnang, and also happy Birthday tio my cousin Azwar Syuhada that also celebrated her birthday on that very same day.

Bye peeps!


5 comments:

  1. hi dear..it's me..hana :) done follow ur blog n twitter..

    ReplyDelete
  2. seronoknyaaaaa ! serious mira nampak tinggi dan stunning. hikhik

    ReplyDelete
  3. wah best nye. ..happening nampaknya tu

    ReplyDelete
  4. wah best nye. ..happening nampaknya tu

    ReplyDelete
  5. Hana: Hye! Thanks singgah.. Will follow you back ok.

    Nisa: Amboi kemain memuji ke perli ni? HAHA

    Kak Letams: Best! Rugi akak tak datang

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.