04 March 2013

Cherating!



Alright ini sambungan blogpost Trip to Kelantan hari tu. Lama beno nak update, dah dekat sebulan dah baru update part 2. Maaf ea semua. Hehe...

So dah dapat teka tak gambar hari tu? Tahu tak kat mana?




Lerrrr.. Tengok tajuk pun dah obvious kan? So balik kepada cerita itu hari, semua tak nak balik. Tahu-tahu dah sampai ke Cherating. Kononnya dah alang-alang dah jalan jauh, bila lagi nak sampai. Tambah lagi nak kumpul ramai-ramai memang payahlah. Dah ada peluang, semua go on je walaupun masa tu duit masing-masing dah kering. Tapi disebabkan hati masing-masing dah kering still go on juga. Pandai-pandailah nak hidup kan? Nak berjalan punya pasal.


Okay, so patutnya ada 4 biji kereta, but 1 kereta terpaksa balik disebabkan hal-hal tertentu. Yang kelakarnya perjalanan dari matahari tegak atas kepala sampai hilang berganti bulan baru diaorg buat keputusan nak balik. Perjalanan ke cherating pun dah ambik masa lama, memang kebas la punggung dalam kereta. Nasiblah tak drive, tak apa, banyak jejaka-jejaka idaman boleh diharapkan. Lagi yang senyum lebar dalam gambar ni. Muuahhh... Tenkui drive driver. HAHA


Alright, so bila dah sampai cherating memang dah gelap gelita dah. Mencari chalet pun dah satu hal. Nasib baiklah jejaka tampan Alee Isa familiar dengan tempat ni, and boypreng tasya memang ada kawan dekat sini, dapatlah kitaorg semua biliks dengan harga yang okaylahh.  Itu pun bukan semua tidur malam tu, semua excited nak ke pantai. Tapi yang perempuan-perempuan dok bising bahaya last-last semua ramai-ramai kumpul main game. Truth and Dare, serious main game diaorg ni sangat bodoh. Termasuklah pawang-pawang fake ni sekali. Woaaa.. gelak beso malam tu. Dekat pukul 4 jugaklah semua berjaga. Last-last satu-satu hanyut masuk tidur. Aku tak tahulah siapa orang terakhir masuk tidur.

Esok pagi, dikejutkan dengan budak-budak lelaki yang bising nak ke pantai. Semua dengan bertaik mata fresh, memang tak mandi redah ke pantai.


Silalah tengok muka-muka mereka yang tak mandi tu, termasuklah aku yang menyorok belakang mamat  hensem baju purple ni. Hehe..


Dah sampai pantai yang lelaki je mandi. Tak menyabo pulak tu semua, terus tanggal baju masuk dalam air. Tengok gelagat dah macam kanak-kanak sekolah dapat mandi air. Yang perempuan bosan, especially aku. Tak ada kerja pulak kan nak tengok budak-budak tu mandi. So yang perempuan gi cari keropok lekor dan air kelapa. Aku memang lapar masa tu, breakfast keropok lekor je pun dah cecah dekat RM10. Terkejut? Please do, aku pun sama masa tu.

At least ada la rasa nikmatnya makan di tepi pantai, Adalah juga jalan-jalan dekat pantai. Aku sementara tunggu turn nak guna bilik air pergi usya-usya shades untuk Encik driver. Kesian dia, drive mata sepet-sepet je. Haha..

Anyways, trip kali ni memang destinasi bajet. But hope next time adalah lagi macam ni. Vacation 2, 3 orang tak meriah. Yang seronok ramai-ramai, but ramai-ramai ada juga ragamnya yang lain. But still, please make another trip like this please.


p/s: Hari ni first day aku bergelar mahasiswi degree. Totally a fresh start at a new faculty, will update a post about this soon.


Anddd Gary kimsalam dekat semua orang
Bye!
...





3 comments:

  1. baru nmpk muka kucing kesayangan cik mira

    ReplyDelete
  2. Haha.. Nanti nak update pasal kucing la pulak lepas ni

    ReplyDelete
  3. meriah yerr...enjoy je nampaknye tu...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.