10 November 2012

Which Hogwarts House are You In? Explore Pottermore

Siapa peminat Harry Potter di sini? I know I know, Harry Potter madness was ages ago. Aku pun masih bersekolah masa tu. But still kegilaan Harry Potter memang tak dapat nak diredakan, walaupun setiap kali aku ulang-ulang baca buku hasil karya J.K Rowling ini, memang ketagih gila sampai nak tidur pun menahan mata sebab khusyuk sangat dalam dunia Hogwarts. Itu yang kadang-kadang rasa macam nak attend je Hogwards School of Witchcraft and Wizardry.

So, untuk peminat-peminat Harry Potter, maybe korang dah tahu dah kewujudan Pottermore ni, tapi aku pasti ramai lagi yang tak tahu. So aku nak kongsikan dengan you guys semua mengenai Pottermore hari ini.


So as you see, for the login page were in Private Drive, cause that's were it all started. Nama tak nama tu dalam login tu? Itu nama account aku, so siapa yang ada account tu add la aku sebagai friends. Btw, nama account korang akan diberi beberapa pilihan mengikut nama-nama yang wujud dalam dunia magis J.K Rowling, so sorry guys, you can't put your own names for your Pottermore account.

Ok, kalau korang tak ada account sila sign up, then bila dah login korang akan terus ke main page


Dekat sini korang boleh explore chapter by chapter dari setiap buku Harry Potter, setakat ni baru buku pertama and kedua sahaja yang complete. Sila explore buku-buku dia dulu cause memang best, kalau aku login pun kerja aku menghadap buku-buku ni.


Tapi yang paling menarik, semasa you guys mula-mula daftar, you guys kena lalui proses ke sekolah macam Harry lalui dulu. You guys kena beli buka account dekat Gringots, kena beli barang ke sekolah, kena cari Haiwan peliharaan, kena beli tongkat sakti juga. Seperti yang anda tahu, tongkat sakti memilih tuannya so satu personaliti test akan diadakan untuk memilih tongkat sakti yang terbaik untuk korang. Untuk aku, aku dapat tongkat sakti daripada Kayu Aspen dan core Pheonix. 


Untuk pemilihan rumah, personaliti quiz akan diadakan sama seperti untuk pemilihan tongkat sakti, dan resultnya aku dimasukkan ke dalam rumah Ravenclaw. So kalau aku masuk Hogwards aku akan dimasukkan ke dalam Ravenclaw. Dan dalam screenshot di atas, itu merupakan common room pelajar Ravenclaw.


Tadaaaa.. The Great Hall pula, segan pulak Ravenclaw sekarang berada di tempat tercorot sekali, tapi Ravenclaw merupakan rumah yang palin sikit pelajarnya, so kira not bad sangatlah prestasi Ravenclaw. HAHA.. Nak menang jugak tu.


As you can see, anda semua diberi peluang juga untuk merasai macam mana nak buat potions. Seriously macam betul, kalau dalam instructions suruh tunggu satu jam, kena tunggu satu jamlah. Aku tak suka sangat buat potions sebab tahap kesabaran aku ni kurang, Hehe.. 

Selain itu ada juga Wizards Duel dimana korang boleh berlawan dengan orang lain dan dapatkan mata untuk rumah. Aku pernah jugak try duel ni sebab kalah je, sebab aku ni lembap sangat main keyboard. Pada gamers hardcore aku rasa tak ada masalah kot.

Jadi itulah sedikit sebanyak yang aku tahu mengenai Pottermore, tak banyak sangat pun yang aku tahu sebab aku jarang-jarang masuk  melainkan untuk membaca. Sebabnya, ada info-info mengenai Harry Potter yang tak ada dalam buku ada dalam ini, antaranya cerita percintaan antara Dursleys. Sumpah kelakar gila.

So, if you guys are eager to explore more, why not try Pottermore. Bye Peeps!

...

1 comment:

  1. whaa , trima kaseh sbab bgi taw psl ni !! thanks sangad-ii . :D

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.