08 November 2012

The Tribal Halloween Gathering With Nuffnang & Genting Part 2


Sampai-sampai Awana Genting Highlands kami menunggu untuk makan tengahari di Rajawali. Antara banyak-banyak makan buffet yang ditawarkan di Genting yang aku pernah makan, aku rasa makan di Rajawali ini paling sedap dan paling puas. Itu yang excited nak makan, sekali dah makan ngup ngap ngup ngap tak sedar dunia, perut dah hampir nak kenyang pun cuba nak sumbat jugak. 


Seperti biasa, kalau ada event aku lebih selesa kalau ada makcik-makcik ini, lagipun kitaorg jumpa pun masa sertai event Genting awal tahun ini, lama-lama dah jadi member main ketuk-ketuk kepala dah, lagi-lagi dengan #ragam2HanisNasuha.


Kali ini rasa best sikit sebab Cik Abang Bignose pun ikut jugak. Hehe..


Kali ini lagi ramai blogger yang turut serta dalam event Genting, memang boleh dikatakan besar jugaklah event Genting kali ini. Aku nak kata malu tu tak ada sangatlah sebab rasa macam dah biasa, tapi aku tak tahu macam mana nak kenalkan diri. Nasib baik blogger-blogger lain memang jenis peramah, dapatlah jugak aku kenal antara mereka. Lagi-lagi pada masa itu kepala aku tengah tak betul sikit, jiwa pun kacau.

Lepas makan dekat Rajawali, perut konyang sangat mulalah mata jadi berat. Kalau ikutkan hati nak naik satu bilik dekat Awana tu untuk tumpang tidur, tapi kelainannya event Genting kali ini adalah kami semua tidur di Rumah Panjang Awana. Kenapa?

Disebabkan event kali ini untuk menyambut Halloween, rumah panjang telah ditukarkan menjadi Hospital Hantu. Ohhh ea, kitaorang tido dengan Hantu malam tu.

Malangnya aku tak ada gambar sebab camera habis battery dan sebab terlalu berseronok lupa terus nak tangkap gambar, kalau aku jumpa nanti aku upload.

So, tak menyempat nak bergossip dengan makcik dua ekor ni, kitaorg dah dipanggil untuk aktiviti yang pertama pada petang itu iatu Treasure Hunt.


Walaupun aku pernah main Treasure Hunt ni dulu, ini ternyata bahawa Treasure Hunt di Awana tidak mudah dan sangat memenatkan tapi sangat menyeronokkan. Rasa pelik aku berpisah dengan mokcik Hanis dengn Darren sebab dulu aku satu kumpulan dengan diaorang.

Tak nak cerita lebih-lebih tentang aktiviti disana. Tunggu entry akan datang.

Bye!

...

5 comments:

  1. Jiwa tengah kacau. Haha korang dah kategori makcik2 yer... hebat! LoL

    ReplyDelete
  2. nice to know all of you
    ada gak member-member nak borak time lunch first day tuh :)
    hope to see u around next time

    ReplyDelete
  3. genting highland nyh macam dah jadi second house nyh..hahha

    ReplyDelete
  4. have a great time wif you all... hope next time, we will meet again.. weeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. Daniel: Jiwa Kacau Daniel, tak boleh buat apa mokcik2 ni. LOL

    Anuar: Insyallah jumpa lagi

    Ferdaus: Haha.. Tawu xpe, kau bila nak join?

    Aina:Insyallah, kalau ada gathering ke apa bagitahu tau

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.