16 November 2012

Rezeki, Allhamdulillah

Setelah genap sebulan aku berkebun tanam anggur di rumah, Allhamdulillah akhirnya aku ditawarkan aktiviti yang boleh mendatangkan duit. KERJA


Nampak tak muka kemain excited tu sampai siap cari rumah sewa dekat Seksyen 7 konon-kononnya untuk kerja lepas tu direct sambung ke degree. Kononnya la, aku tak tahu jadi ke tidak rancangan tu. Jadi sekarang menetaplah aku di Krystal Heights Shah Alam.

Al begini la kisahnya macam mana aku nak dapatkan kerja. Disebabkan aku ni begitu demanding dalam pemilhan kerja kali ini, menganggur la aku sekian lama. Hanya disebabkan ego yang kononnya aku dah tamat Diploma jadi nak cari pekerjaan yang kiranya worth it la dengan Diploma aku yang aku bagai nak pecah kepala melayan selama dua tahun ni.

Sejak diperkenalkan dengan Jobstreet sejak setahun lalu, aku akhirnya daftar dengan jobstreet untuk mencari kerja kosong. Hampir 17 application aku apply lalu Jobstreet dan banyak lagi lalu email. So nampaklah bertapa desperatenya aku nak kerja kan? 

Allhamdulillah, hari pertama aku apply kerja dekat Jobstreet esoknya aku dapat offer untuk interview. Haha.. Powerrr tak? Cehhh.. Sebab resume kot


Kenapa blurr? Gila ke aku nak kasi details aku free2 kat public.Tapi secara kasar macam inilah rupernyerr resume yang aku buat.

Resume ni pun sebenarnya adalah jugak serabutkan kepala otak aku, cause aku apply untuk dua field iatu creative dan admin. Memang beza gila dua-dua bidang ni sampai nak buat resume pun payah sama ada nak buat formal ataupun informal sebab nak tunjuk bakat kreativiti. Akhirnya aku pilih untuk tunjuk bakat dalam kreativiti dan terhasillah resume di atas, dan aku pun tibailah mohon kerja daripada dua-dua bidang.

Keseluruhan tawaran interview yang aku dapat adalah 5, ada 2 interview yang aku tak tunjuk muka. Dalam dua-dua bidang aku mohon dan dalam dua-dua bidang aku dipanggil interview.

Interview pertama aku gagal, entah kenapa aku tak rasa gementar langsung untuk interview tu. Lek lek je masa orang tu intervew aku.
Interview kedau aku tak tunjuk muka, entah kenapa hati aku rasa berat sangat nak pergi. Rasa lain macam sangat.
Interview ketiga aku berjaya sampai peringkat interview yang ketiga untuk company tu. Then bila interview dengan orang paling atas dia cerita pasal contract dan agreement yang perlukan bayar denda kalau tak lepas training, I freaked out! Bagus jugak aku fail interview last tu sebab aku takut aku kena buru dengan Dr Panglima kalau aku fail training company tu.

Kecewa, serious kecewa sebenarnya dan frustnya tak payah ceritalah bila baca twitter kawan-kawan menyumpah seranah betapa penatnya kerja diaorang and so on dan aku kat sini masih terkangkang-kangkang depan PC menaikkan bil elektrik.

Dalam kepala dah berangan nak beli macam-macam, tapi dalam poket, habuk je ada, kertasnya dah melayang.

Aku kuatkan diri jugak, apply lagi 2, 3 vacancy dekat jobstreet tu. Allhamdulillah aku dapat dua panggilan interview, pada hari yang sama cuma jarak masa beza setengah jam, sama dengan jarak tempat interview hampir setengah Shah Alam.

Entah kenapa hati aku berkobar-kobar nak pergi syarikat yang jauh sikit dari Shah Alam ni. Serious, macam instinct mengatakan 'pergilah demi kebaikan kau' cehhhh...

Yang interview lagi satu tu, hati aku kata, kalau sempat pergilah. Serious jangan contohi aku.

Anyways... Untuk interview itu entah kenapa bila aku dah sampai sana jantung aku berdebar gila, serious gila berdebar padahal aku tak pernah rasa takut sangat bila interview, sampai lidah aku kelu, otak aku beku.

Interview yang itu aku lepas semua stage, then dalam dua tiga jam lepas tu aku dapat panggilan daripada company tu kata aku diterima kerja.

Gila weh, pagi tadi aku ke Syarikat tu untuk ambil offer letter, tetiba ada pop quiz engish dengan math. Engilsh tu aku boleh terima lagi, ini math. Wehh.. Otak aku ni dengan nombor dah berkarat, 2 tahun tanpa nombor, bahagianya hidup tetiba muncul pulak soalan nombor, puas aku cuba letak minyak peluntur dekat otak.


Rezeki, Allhamdulillah aku diberi peluang untuk mendapatkan rezeki. Serious aku hargai sangat-sangat sebab aku dah rasa betapa susahnya nak dapatkan kerja bagi orang yang begitu demand. Aku harap cerahlah masa depan aku dengan adanya pengalaman kerja di sini dalam resume terbaru aku nanti.

Doakan untuk aku ea..

...

8 comments:

  1. Congrats! Akhir bulan nanti boleh belanja kat SACC, hahaha!

    ReplyDelete
  2. Thanks Uncle, but not for my first month. Need the money for a motor

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..^^ Kerja rajin2 taw..bagusla carik kerja kat Jobstreet, kat Jobstreet banyak bagus2 kan....^^ Selamat menjadi pekerja cemerlang, Eceh ! =)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah bagus dah dapat kerja. tapi kalau dah buang ego tu, mungkin dari dulu dapat duit poket even sikit. tapi tak salahkan u, sbb penat study kan.

    momoy dah pernah kerja mcm2 sebab memang jenis tak memilih kerja. pernah jadi minah kilang di beberaa tempat even ada DEGREE.

    Tapi jangan bila kerja kilang, kita just kerja saja. tapi ambil advantage dari kerja tersebut. contohnya ambil skill untuk develop communication dengan semua level. atau skill cara kerja atau pemikiran mereka.


    so apply kerja yang kita aim , kita boleh manipulate experience kerja kilang tu semasa interview. mcm mana nak manipulate time interview even kerja kita minta tak ada kena mengena ? dengan experience dan skill kitalah.

    ReplyDelete
  5. Ain: Thank You :)

    Momoy: Sebenarnya sya dah ada pengalaman bekerja di pelbagai bidang yg boleh mendatangkan duit pocket kecil. Cuma ain saya kali ini saya nak merasakan pekerjaan yang perlukan kelayakan, walaupun saya masih pemegang diploma. Saya cabar diri untuk itu, dan kadang2 ego itu membantu. :)

    ReplyDelete
  6. tahniah mira..
    nanti dah gaji buleh belanja akak eh..
    ngeeeee... *__^

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.