09 November 2012

Result Semester 5, Berakhirnya Diploma


Allhamdulillah, setelah dua tahum setengah menuntut di UiTM Puncak Perdana akhirnya aku tamat juga pengajian Diploma Pengurusan Seni di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA), opppsss, maksud aku Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA).


Sejujurnya aku masih todak boleh terima nama fakulti aku yang baru, gambar di atas merupakan gambar aku masa semester satu dahulu dan ketika itu nama fakulti masih kekal sebagai Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, walaupun ia hanya nama tapi pada kami nama itu sangat melambangkan identiti kami sebagai pelajar seni.

Walaubagaimanapun, telah tamat diploma saya dan Alhamdulillah saya Tamat Pengajian dengan Kelas Kedua.



Setiap semester aku pasti akan kongsi dengan semua pembaca blog aku mengenai keputusan aku. Nampaknya semester akhir bagi aku agak mengecewakan kerana GPA aku turun mendadak. Aku tak nafikan semester akhir memang susah bagi aku, lagi-lagi terdapat final projek dan assignment yang melambak, memang ramai yang tak dapat fokus. Ada setengah orang boleh handle multi-tasking, tapi aku, aku perlukan komitment pada satu perkara dalam satu masa untuk buat yang terbaik.

Jadi aku tak mengaharap sangat pun untuk mendapat Dean List semester kerana aku tahu kemampuan aku. Aku bersyukur walaupun pointer aku jatuh tapi aku masih boleh grad dengan kelas kedua. CGPA aku cukup 3.5 walupun turun 0.02 mata dari semester lepas.

Bagi rakan-rakan yang lain yang mana berjaya naikkan pointer Taniah! Memang hebat pencapaian korang. Kepada mereka yang mengalami situasi sama seperti aku, jangan kecewa, mesti ada hikmah disebalik apa yang kita dapat. Apapun, kita telahpun berjaya tamat diploma dan itu dah dikira satu pencapaian yang bagus. Tapi jangan berseronok lagi kerana masih ada Degree yang perlu kita tempuhi. Insyallah kita berjumpa lagi Degree nanti.

Kepada IMMAN, hope you guys had great grades and best luck for degree! Love you guys always and always. Dan tak lupa kepada classmates and batch Intake Julai 2010, taniah you guys!


Serious, rasa macam nak menangis je sekarang ni, terlalu banyak yang aku fikir. Mampu ke aku nak sambung Degree nanti? Mampu ke aku cemerlang nanti? Mampu ke aku dapatkan pekerjaan yang bagus satu hari nanti? Even sekarang aku nak cari kerja payah sangat. Lama-lama aku jadi takut sendiri untuk membesar. Just feel like staying putt at a comfortable zone, tapi aku tahu that's the process of life. So guys, wish me luck! I need all the luck I can get. Masih tak dapat cari kerja lagi ni. Hehe...

Okay folks, bye

...

2 comments:

  1. Kak.. Wani dpt bidng ni.. Tp xtau la bidng ni berguna ke tdak.. Ap yg wani boleh mnx kerja dgn teknlogi k & ar?

    ReplyDelete
  2. Sis bidang ni okay x..lebih terarah ke bahagian ape..?? Saye nk continue di uitm tapi xtau course ape yg boleh saya bawa

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.