04 September 2012

Teater Lagenda


Teater Lagenda, sebuah lagi projek Fakulti Filem, Teater dan Animasi daripada UiTM Puncak Perdana.
Bagi pelajar Diploma semester akhir jurusan seni pengurusan, mereka wajib mengadakan satu pementasan teater bagi penilaian akhir mereka.

Untuk semester kami, kami telah memilih untuk mementaskan 4 buah cerita hasil daripada karya Tan Sri P. Ramlee yang telah diberi nafas baru dalam bentuk pementasan pentas.

Antara cerita yang akan dipentaskan adalah Musang Berjanggut, Ibu Mertuaku Episode 1, Keluarga 69 dan Ali Baba Bujang Lapok. 

Berikut adalah jadual pementasan:

Tarikh: 7 September 2012
Teater dipentaskan: Ibu Mertuaku & Ali Baba Bujang Lapok

Masa: 8.30 malam

Tarikh: 8 September 2012
Teater dipentaskan: Musang Berjanggut & Keluarga 69
Masa: 8.30 malam


Tarikh: 9 Septembar 2012
Teater dipentaskan: Musang Berjanggut & Keluarga 69
Masa: 3.30ptg


Tarikh: 9 September 2012
Teater dipentaskan: Ibu Mertuaku & Keluarga 69

Masa: 8.30 malam

Berikut pula adalah harga tiket:

Pakej A - RM15 Per show (Single)
Pakej B - RM25 Per show (Couple)
Pakej C -RM30 Per show (3 person)
Pakej D- RM28 ALL SHOWS (Single) + Front Seat + Buku Program untuk 100 terawal
Pakej E - RM28 per show (FAMILY-2 Adults + 2 Child's)
Pakej F - RM8 per show (SECONDARY SCHOOL)


Gambar diatas merupakan salah satu babak yang ada dalam Teater Musang Berjanggut


Antara babak-babak daripada cerita Ali Baba Bujang Lapok, Keluarga 69 dan juga Ibu Mertuaku Episode 1.

Musang Berjanggut akan mempersembahkan sebuah teater yang berbentuk teater bangsawan dan Mak Yung manakala Ibu Mertuaku Episode 1 akan menggunakan teknik element Kabuki dan implimentasi ‘Katak’. Keluarga 69 akan mempersembahkan sebuah teater kotemporari dan Ali Baba Bujang Lapok pula akan menggabungkan keseronokan di dalam cerita Ali Baba dan juga Bujang Lapok. Bagaimana semua itu akan terjadi? Itulah kejutan yang kami sediakan bagi penonton Tetaer Lagenda.

Untuk update terbaru mengenai Teater Lagenda, anda boleh layari facebook Teater Lagenda di
https://www.facebook.com/pages/Teater-Lagenda/148248405299154?ref=hl

Dan juga twitter @TeaterLagenda

Anda juga boleh hubungi saya terus di 013-2154050 untuk mendapatkan tiket Teater Lagenda.



No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.