27 May 2012

Ibu Mertuaku Coming Soon

Ibu Mertuaku bakal tiba
Berdebar-debar rasanya diri
Takut dan seram sejuk pun ada ni

Haaaaaaa...
Apa yang korang fikirkan ni haaaaa?

Sebenarnya aku maksudkan sebuah projek yang diusahakan oleh IMMAN a.k.a adik beradik puncak aku.
Ibu Mertuaku merupakan teater yang kami usahakan untuk dipersembahkan kepada orang ramai untuk final projek kami iatu diploma showcase yang akan diadakan sekitar bulan September nanti.

Kerana lagi dua minggu nak bukak semester tiba-tiba rasa bedebar-debar pula kerana semester ini merupakan semester terakhir aku dan penentuan aku selepas menghabiskan diploma ni.

Semester lepas IMMAN telah bertekak, berperang, berusaha keras demi cerita Ibu Mertuaku menjadi pilihan untuk dipersembahkan semasa diploma showcase nanti.

Alhamdulillah segala usaha kami berlima dan juga rakan-rakan lain juga yang turut membantu telah membantu cerita kami terpilih bersama dua lagi teater iatu Musang Berjanggut dan Keluarga 69.



Video di bawah ini merupakan idea kasar bagaimana kami imaginasikan untuk teater ini dipersembahkan
Tapi belum tentu set ini akan digunakan kerana kami bergabung dengan 2 lagi teater



Cantik tak set mini ni?
Ni hasil kerja tangan Nazli Nawi, Hamirul Afizi dan juga Amirul Mukmin
Ketiga2 jejaka kacak di atas ni

Dan anak patung yang bergerak2 tu dilukis oleh saya sendiri


Meet Kassim Selamat
The lead character
In the Film it is played by P. Ramlee


Yang ini pula Sabariah
Isteri pertama Kassim Selamat


Ini pula Nyonya Mansoor
Punca retanknya rumah tangga Kassim Selamat dan Sabariah

Rasanya orang-orang Melayu sudah tentu tahu jalan cerita ibu mertuaku ni kan? Filem klasik ini pastinya tidak akan jemu-jemu walaupun ditonton berulang-ulang kali.

Tapi pernah ke korang semua lihat dari versi teater? Mesti akan ada kelainan yang akan mengejutkan para penonton nanti.

Korang semua mesti nak tahu apa kelainan dan keunikan teater yang akan kami pentaskan nanti kan? Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan saya dalam update2 untuk teater ini.

Mana tahu maybe korang akan dapat tiket free untuk menyaksikan persembahan ini nanti.

p/s:maaf lukisan tak berapa nak cantik dan aku baru perasan yang aku update dalam BM

4 comments:

  1. Aku dah habis baca baru perasan kau update dalam BM. Kalau kau tak bagi tahu memang tak tahu. Hahahaha! XP

    ReplyDelete
  2. Itulah... HAHA.. patutnya aku diam je kan?

    ReplyDelete
  3. Ibu mertuaku lakonan P.Ramlee ni tgk byk kali pun x pernah bosan...

    ReplyDelete
  4. Nanti jemputlah datang ke teater kami ye :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.