17 May 2011

Dahi Jendul umpama Landasan Helikopter

Ok, hey readers, I think I'll write BM for this post. Haha.. Mesti korang tertanya pasal title post ni kan? Well for your info, saya mempunyai dahi yang sangat jendul. My nenek said I looked like an alien when I was a kid. Oppss.. TerENGLISH pulak.. Nenek aku kata aku rupa macam alien (BM apa r?) ha.. makluk asing masa aku kecik2 dulu sebab dahi aku tersangat la luas sampai boleh buat landasan helikopter, kata nenek. Tak caya? Tengoklah sendiri.

Sebenarnya tujuan post ni sebab pagi tadi aku browse la page2 kawan-kawan aku then terjumpa balik video kat bawah ni. Tak silap aku video ni masa aku semester satu, dah lama dah dan yang paling terharunya dinyanyikan oleh adik-beradik aku sendiri. Iskkk.. Sayang gila la weh kat korang samapi boleh buatkan aku satu lagu.
Sengal kan diaorng neh? Kalau korang kat tempat aku mesti korang dah berair mata darah dah sekarang ni. Tapi aku rasa menda ni mcm klaka gila. Kenapa? Sebab diaorng la, walaupun adalah jugak rasa macam nak sepak2 je diaorg ni. Jgn lupa beri penghargaan kepada camera women iatu Ika gendut. Berikan tepukan juga kepada rapper keding tuh dan juga si penyanyi dan pemain guitar itu. Haihhhh.. Nasib baiklah korang kawan aku weh. Well, I can't deny that dahi aku memang jendul pun but orang yang berdahi jendul ni pun ada kelebihanya jugak tau. Aku sampai google. Haha.. Nak tawu? Sila baca kat bawah ni.

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Haaaa.. dengar tu kawan2. Dapat tak? Dahi Jendol pun ada kelebihan dia tau. So suka hati korang la nak kata silau berkilauan ke, sinar bak matahari ke, landasan helikopter ke I don't care.

p/s: rupa alien masa kecik


10 comments:

  1. betowl2 cm alien..ahaha!
    dari planet mana neh??

    ReplyDelete
  2. haha !

    Lek aa Cikcit, aku pun super jendul jugaaak

    And I thought Jendul is for lurus bendul . LOL

    ReplyDelete
  3. actually kan Alee, I think I'm ok being si Jendul.. HAHA

    ReplyDelete
  4. alah comelnya cikcit kecik2.. !!
    haha.

    eh org kate jendol ni pandai..
    >.< so proud with it..

    ReplyDelete
  5. seyesly kelaka la video tu.. =D

    ReplyDelete
  6. ezza: haha.. apa yang comel?

    zahirah: a'ah.. video tu klaka and annoying

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, if you wish for a urgent responce, please tweet @miracikcit.